Skip to main content

GARIS PANDUAN DAN SOP IPPT


PELAKSANAAN COVID-19 CENTER @ IPPT

PENGENALAN

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meminta semua negara untuk mengambil tindakan segera ke arah mengekang dan menangani penularan wabak COVID -19. Berikutan dengan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang mendadak dalam negara, kerajaan menerusi pengumuman oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 bersetuju agar Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di seluruh negara sebagai langkah mengurangkan interaksi langsung (social distancing) dalam masyarakat bagi membendung dan mencegah penularan baru jangkitan COVID-19.

Sebagai tindakan susulan bagi Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2020, IPPT turut sama melaksanakan ‘COVID Center’ bagi menangani krisis COVID.

OBJEKTIF

1. Memperkasakan saringan COVID-19 di IPPT, USM

2. Memastikan penjarakkan social atau ‘social distancing’ antara pesakit dan antara staff

3. Mengelakkan penularan penyakit COVID 19 kepada staff dan pesakit di IPPT

4. Meneruskan semua rawatan essential untuk menjamin kesihatan staff dan pesakit IPPT semasa tempoh kawalan pergerakan

5. Memberi penekanan kepada semua warga IPPT dan pesakit berkenaan ‘hand hygiene’ dan kuarantin di rumah (stay at home)

maklumat lanjut


 

TATACARA KES ELEKTIF DAN SEPARA - KECEMASAN PEMBEDAHAN AM HOSPITAL SEBERANG JAYA (HSJ) DILAKUKAN DI INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU (IPPT)

1. Pakar Bedah HSJ menilai pesakit yang memerlukan pembedahan untuk dilakukan di IPPT

  a. Berisiko COVID-19 rendah
        i. Borang deklarasi diisi oleh pesakit di HSJ
       ii. Jika keadaan pesakit diragui, ujian COVID-19 dilakukan di HSJ

  b. Pesakit yang berisiko bius yang rendah (ASA1 atau ASA 2)

  c. Jika tidak mempunyai ‘GL’, pesakit perlu bersedia membayar kos caj fidi IPPT,USM

  d. Pakar bedah HSJ perlu menerangkan mengenai kos caj fi di IPPT, USM (seperti lampiran)

2. Pesakit diperiksa dan diberi penerangan di klinik pra-pembedahan HSJ oleh doktor bius HSJ

  a .Pesakit dinilai dari segi kesesuaian mental dan fizikal untuk kes dilakukan di IPPT

maklumat lanjut


 

TATACARA PESAKIT ‘PEMBEDAHAN MAJOR dan MINOR’
SEPANJANG MUSIM COVID-19 / PENYAKIT BERJANGKIT LAIN DI MASA HADAPAN

-    UJIAN SARINGAN COVID 19 wajib bagi pesakit yang menjalani sebarang pembedahan di IPPT (sepanjang waktu kes meningkat – tertakluk kepada situasi semasa)

-    PAKAR PEMBEDAHAN yang terlibat perlulah berhubung dengan PENYELARAS ‘IPPT USM COVID-19 PANDEMIC TASKFORCE 2020’ untuk menetapkan tarikh dan waktu ujian akan diadakan
    
o    Untuk pesakit peadiatrik, pakar boleh berbincang keperluan ujian ini dengan penyelaras COVID 19, pakar paediatrik dan anaestesiologi di IPPT sama ada ujian perlu dilaksanakan atau tidak kerana ujian ini mungkin   mendatangkan trauma kepada pesakit atau memerlukan ‘sedation’


maklumat lanjut



GARIS PANDUAN DAN SOP KES RUJUKAN KE SEKSYEN PERGIGIAN,
INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU, USM,
SEMASA WABAK COVID-19

Kecemasan dalam pergigian boleh didefinisikan sebagai keadaan yang boleh meragut nyawa dan memerlukan rawatan segera seperti pendarahan yang sukar dihentikan, facial cellulitis atau bengkak dan kecederaaan kepada tulang muka yang boleh memberikan kesan kepada saluran pernafasan pesakit.

Rawatan kecemasan pula memberi fokus kepada keadaan yang memerlukan perhatian segera untuk menghilangkan kesakitan yang melampau (skor kesakitan > 4) dan mengurangkan risiko jangkitan. Rawatan ini perlu dilakukan seminimum yang boleh.

Selaras dengan polisi Unit Kawalan Jangkitan Silang, Seksyen Pergigian, IPPT, dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, berikut adalah garis panduan kes-kes rujukan ke Seksyen Pergigian.

maklumat lanjut


GARIS PANDUAN RAWATAN PERGIGIAN PEDIATRIK DALAM DEWAN BEDAH PASCA PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN PENDEMIK COVID-19

PENGURUSAN PRE-OPERATIF

1. Pesakit harus melengkapkan sejarah pemeriksaan COVID-19 yang terperinci.

2. Pesakit dan ibu/ayah pesakit perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sekurang-kurangnya sekali sebelum menjalani sebarang pembedahan.

3. Ujian saringan COVID-19 hanya akan dijalankan ke atas pesakit pediatrik dan ibu/ayah yang mempunyai sebarang tanda dan gejala COVID-19. Kos saringan tersebut perlu ditanggung oleh waris pesakit seperti jadual di bawah:

  Bil.      Kategori      Caj (RM)  
  1.     Pesakit tanggungan IPPT/USM
  (staf, pelajar dan tanggungan yang berkaitan)
    280.00  
  2.     Pesakit Poliklinik EHS     350.00  
  3.     Pesakit bukan tanggungan IPPT/USM
  (B40 & T20)
    280.00  

4. Sebarang ujian makmal atau radiografi akan dijalankan mengikut garis panduan KKM.

 maklumat lanjut


GARIS PANDUAN DAN SOP KES RUJUKAN KE SEKSYEN FARMASI,
INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU, USM, SEMASA WABAK COVID-19

1. PENGENALAN

A. Polisi ini bertujuan untuk menerangkan perkhidmatan Seksyen Farmasi IPPT semasa berlakunya pandemik Covid-19. Ia merangkumi perkhidmatan yang ditawarkan semasa negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

2. SKOP PERKHIDMATAN

A. Perkhidmatan Seksyen Farmasi secara keseluruhannya berkhidmat seperti biasa dengan kehadiran staf yang minima. Kesemua perkhidmatan Seksyen Farmasi adalah ditawarkan seperti biasa.

B. Bagi mematuhi PKP, mana – mana perkhidmatan / tugasan Seksyen Farmasi yang telah diselesaikan lebih awal boleh ditamatkan pada hari tersebut. Sebagai contoh, perkhidmatan Unit Farmasi Onkologi yang menjalankan rekonstitusi drug sitotoksik pada sebelah pagi akan dibenarkan pulang setelah selesai tugasan rekonstitusi tersebut.

C. Bagi perkhidmatan atau tugasan yang boleh diselesaikan di rumah, staf yang berkenaan dibenarkan bertugas dari rumah / Work From Home (WFH). Satu jadual penggiliran akan disediakan oleh unit masing – masing berdasarkan keperluan.

D. Kesemua pelanggan yang akan berurusan dengan kaunter Seksyen Farmasi akan menjalani saringan seperti pelanggan / pesakit lain sebelum memasuki premis IPPT

E. Bagi perkhidmatan Unit Farmasi Pesakit Luar (UFPL), terdapat 2 perkhidmatan tambah nilai atau Value Added Services (VAS) bagi pembekalan ubat-ubatan susulan telah diwujudkan iaitu Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu dan Perkhidmatan Pos Ubat Ubatan.

maklumat lanjut

farmasiubatdrivetrue  farmasiubatpos




SOP Pengambilan Sampel COVID19 bagi pesakit IPPT seperti di bawah:

1. Pakar perlu merujuk kes untuk pengambilan swab test COVID kepada Dr Mastura atau MO sampling team sahaja
(Dr Zaimi, Dr Farish, Dr Miqdad dan Dr Kamal)

2. Borang Microbiology atau 'Microbiologi Request Form’ perlu diisi oleh Pakar yang memohon ujian dan borang perlu diberikan kepada staf persampelan di kaunter saringan.

3. Temujanji akan diberikan.

4. Pesakit perlu membuat bayaran sebelum swab test

5. Disyorkan supaya tidak mengambil makanan berat 2 jam sebelum persampelan dilakukan.

6. ‘Swab test’ dilakukan di Bilik Swab Test, secara pandu lalu.

7. Keputusan akan dimaklumkan kepada Pakar dalam masa 48 jam/72jam

Sebarang pertanyaan mengenai urusan pengambilan sample COVID19 sila hubungi Dr. Mastura Sopian.


 SOP RUJUKAN KES KECEMASAN PERGIGIAN, IPPT SEMASA WABAK COVID-19

maklumat lanjut



POLICY AND PROCEDURE OF SAMPLE HANDLING FROM PATIENTS TO RULE OUT COVID-19 IN IPPT


1. OBJECTIVE
    
     • To provide procedure for handling of the specimen obtained from patient TRO Covid-19 infection (including OT screening cases), for the testing of:
          a. Covid-19 molecular testing in Covid-19 Lab
          b. Other tests (Chemical Pathology, Hematology, Microbiology) in ADL

     • To define the roles of clinical and laboratory staff to ensure the handling of the specimen occur smoothly

2. SCOPE

This policy and procedure to be applied in IPPT ward/clinic and institution outside IPPT which are sending the samples obtained from patients who suspected to have infected with Covid-19 (PUI)/ OT screening cases for laboratory testing.

3. DEFINITION

Collecting centre: clinic/ hospital/ institution outside IPPT that perform sample collection and send the sample to IPPT Covid-19 Lab.

maklumat lanjut



POLICY AND PROCEDURE OF SAMPLE HANDLING FROM PATIENTS TO RULE OUT COVID-19 IN IPPT

1. OBJECTIVE
    
     • To provide procedure for handling of the specimen obtained from patient TRO Covid-19 infection (including OT screening cases), for the testing of:
          a. Covid-19 molecular testing in Covid-19 Lab
          b. Other tests (Chemical Pathology, Hematology, Microbiology) in ADL

     • To define the roles of clinical and laboratory staff to ensure the handling of the specimen occur smoothly

2. SCOPE

This policy and procedure to be applied in IPPT ward/clinic and institution outside IPPT which are sending the samples obtained from patients who suspected to have infected with Covid-19 (PUI)/ OT screening cases for laboratory testing.

3. DEFINITION

Collecting centre: clinic/ hospital/ institution outside IPPT that perform sample collection and send the sample to IPPT Covid-19 Lab.

maklumat lanjut


 

RECOMMENDED PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE)
TO BE USED ACCORDING TO RISK OF EXPOSURE

ppesop


PROSEDUR OPERASI PIAWAI PENYARINGAN STAF/PELAJAR (IPPT)
PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
DI FASILITI INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM).

maklumat lanjut


 

  • Last updated on .
  • Hits: 5707