Skip to main content

PELAKSANAAN COVID-19 CENTER @IPPT

PENGENALAN

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meminta semua negara untuk mengambil tindakan segera ke arah mengekang dan menangani penularan wabak COVID -19. Berikutan dengan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang mendadak dalam negara, kerajaan menerusi pengumuman oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 bersetuju agar Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di seluruh negara sebagai langkah mengurangkan interaksi langsung (social distancing) dalam masyarakat bagi membendung dan mencegah penularan baru jangkitan COVID-19.

Sebagai tindakan susulan bagi Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2020, IPPT turut sama melaksanakan ‘COVID Center’ bagi menangani krisis COVID.

OBJEKTIF

1. Memperkasakan saringan COVID-19 di IPPT, USM

2. Memastikan penjarakkan social atau ‘social distancing’ antara pesakit dan antara staff

3. Mengelakkan penularan penyakit COVID 19 kepada staff dan pesakit di IPPT

4. Meneruskan semua rawatan essential untuk menjamin kesihatan staff dan pesakit IPPT semasa tempoh kawalan pergerakan

5. Memberi penekanan kepada semua warga IPPT dan pesakit berkenaan ‘hand hygiene’ dan kuarantin di rumah (stay at home)

KAEDAH PELAKSANAAN

1. Semua perawatan elektif ditunda:

▪ Pengambilan darah pesakit kronik yang tidak urgent (purata 20 pesakit sehari)

▪ Temujanji pesakit Klinik Pakar yang stabil (purata 20 pesakit seminggu)

▪ Temujanji pesakit Klinik Staf yang stabil (purata 20 pesakit seminggu)

▪ Kes pembedahan Elektif ditunda dan kes kes penting akan diteruskan bergantung kepada pakar yang terlibat

2. Kemasukan pesakit ke wad adalah berdasarkan justifikasi pakar yang terlibat mengikut ‘Standard Operating Procedure’ (SOP Covid 19) unit masing-masing. Setiap pakar adalah bertanggungjawab ke atas pesakit masing-masing.

3. Langkah-langkah pencegahan dan pengendalian infeksi (IPC) rutin harus dilakukan untuk SEMUA pesakit, dalam SEMUA tetapan penjagaan kesihatan di IPPT

4. Hanya seorang waris sahaja dibenarkan masuk jika perlu

5. Tiada pelawat dibenarkan kecuali kecemasan

6. Hanya satu pintu masuk diaktifkan iaitu di lobi utama bangunan klinikal.

7. Saringan akan dilakukan di khemah oleh staf bertugas kepada semua pesakit dan staf sebelum dibenarkan masuk ke bangunan klinikal.

8. Person Under Investigation (PUI) akan dikendalikan oleh pasukan Covid IPPT dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara.

9. Sekiranya pesakit memenuhi kriteria/potensi COVID-19 atau gejala ILI , langkah-langkah pencegahan dan pengendalian jangkitan perlu diamalkan seperti berikut:

  Lokasi     Anggota   Aktiviti kawalan
 
  Khemah Saringan 
    

  - Pegawai Perubatan
  - Penolong Pegawai Perubatan 
  - Jururawat Terlatih

   

  - Mengambil suhu badan
  - Menanyakan soalan risiko COVID 19
  - Gejala / tanda
  - Sejarah Melancong ke luar nergara
  - Sejarah kontek kepada pesakit Cvid 19 / 
  kluster terlibat

  Pesakan akan diketegorikan bedasarkan
  triage yang telah ditetapkan

  -  Zon PUI (Khemah kuarantin)
  -  Zone URTI/Fever (Kaunter Fever)
  -  Zone Hijau (Klinik Staf)

 
















10. Informasi berkenaan perjalanan klinik/CTC dihebahkan bermula jam 8.00 pagi kepada semua pesakit dan diulang setiap 10 minit.

11. Pintu utama CTC akan dibuka pada jam 7.30 pagi dari hari Isnin ke hari Jumaat

12. Papan tanda kawasan larangan di zon kuarantin dan zon-zon di klinik dipamerkan untuk pengetahuan staf dan pesakit

13. Informasi dan promosi kesihatan dimantapkan di luar pintu masuk dan di kawasan saringan COVID 19 - pintu pagar utama digunakan sebagai papan kenyataan di mana jumlah kes COVID-19, jumlah kes di unit rawatan rapi dan jumlah kematian di Malaysia dikemaskini secara harian.

14. Pembersihan / disinfeksi secara berkala dilakukan di setiap unit di klinikal. Kawalan infeksi dan audit harian akan dijalankan oleh Pasukan Kawalan Jangkitan IPPT USM.

15. Jadual tugas frontliners COVID-19 dibuat secara berkala

16. Reten harian COVID-19 dihantar secara berkala

17. Pengambilan specimen oro-nasopharyngeal akan dilakukan mengikut indikasi dan kriteria termasuk kes survelan COVID-19 berdasarkan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

PENGURUSANCOVID19
Disediakan oleh:

Dr Mastura binti Mohd Sopian
Pakar Perubatan Keluarga
IPPT, USM
27 April 2020

  • Last updated on .
  • Hits: 1074