Skip to main content

GARIS PANDUAN DAN SOP KES RUJUKAN KE SEKSYEN PERGIGIAN,
INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU, USM,
SEMASA WABAK COVID-19

Kecemasan dalam pergigian boleh didefinisikan sebagai keadaan yang boleh meragut nyawa dan memerlukan rawatan segera seperti pendarahan yang sukar dihentikan, facial cellulitis atau bengkak dan kecederaaan kepada tulang muka yang boleh memberikan kesan kepada saluran pernafasan pesakit.

Rawatan kecemasan pula memberi fokus kepada keadaan yang memerlukan perhatian segera untuk menghilangkan kesakitan yang melampau (skor kesakitan > 4) dan mengurangkan risiko jangkitan. Rawatan ini perlu dilakukan seminimum yang boleh.

Selaras dengan polisi Unit Kawalan Jangkitan Silang, Seksyen Pergigian, IPPT, dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, berikut adalah garis panduan kes-kes rujukan ke Seksyen Pergigian.


1. KES-KES YANG DI TERIMA – MESTILAH TELAH DISARING DAN TANPA GEJALA SARI

a. Kes-kes rujukan daripada Klinik Onkologi, IPPT, yang memerlukan rawatan pergigian segera sebelum menjalani rawatan radioterapi, kemoterapi, pengambilan ZOMETA dan lain-lain yang bersifat kecemasan.

b. Kes-kes staf USM yang bersifat kecemasan seperti berikut: (Rujukan: Lampiran 3, Garis panduan pengendalian isu-isu berhubung penularan wabak Covid-19 di Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Bil. 3/2020, muka surat 41-42)

i.       Sakit gigi (skor kesakitan > 4)
ii.      Cabutan gigi disebabkan oleh pulpitis tidak berbalik dan periodontitis periapikal akut
iii.     Kesakitan dan kecederaan pada tisu mulut yang disebabkan oleh aplians, tampalan pecah, dan prostesis yang patah
iv.     Kecederaan mulut / gigi akibat terjatuh atau sebarang trauma
v.      Trigeminal neuralgia
vi.     Facial cellulitis dan abses
vii.    Lesi mulut dan ketumbuhan yang disyaki malignan
viii.   Komplikasi selepas cabutan (pendarahan, dry socket, jangkitan kuman)

c. Kes kecemasan yang telah disaring oleh pegawai pergigian namun memerlukan rujukan kepada pakar dalaman atau luaran adalah dirujuk seperti mana prosedur standard (konsultasi / perbincangan menerusi telefon dan mengambil tarikh temujanji).

d. Rawatan yang dapat diberikan untuk kes-kes tersebut (a, b dan c) adalah TIDAK MELIBATKAN PENGGUNAAN HANDPIECES kerana Klinik Pergigian Ippt tidak mempunyai high volume suction. Rawatan tersebut adalah seperti berikut:

i.      Pemeriksaan oral
ii.     Cabutan segera untuk kes onkologi
iii.    Pengubatan oral
iv.    Tampalan sementara
v.     Prosedur pengurangan kesakitan disebabkan aplians seperti pemotongan wayar panjang/pemberian 'ortho wax'
vi.    Penyimenan semula crown/bridge dengan simen sementara
vii.   Pemeriksaan x-ray pergigian/OPG

2. KES-KES YANG DITANGGUHKAN/TIDAK DITERIMA

a. Semua kes temujanji yang bukan kecemasan dan melibatkan penggunaan handpieces adalah ditangguhkan ke satu tarikh lain selaras dengan garis panduan terkini daripada Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia.

b. Semua kes yang melibatkan trauma teruk, pendarahan serius, kepatahan gigi dan tulang tidak dapat diterima dan pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera di klinik dan hospital kerajaan yang berdekatan.

3. RISIKO SEWAKTU RAWATAN PERGIGIAN

a. Titisan pernafasan dan aerosol daripada prosedur pergigian seperti penskaleran dan tampalan mengandungi air liur dan darah yang mungkin tercemar dengan virus COVID-19 yang berkemungkinan kekal dalam udara pada jangka masa yang lama dan boleh mencemar permukaan seperti besi, kaca dan plastik.

b. Sentuhan secara langsung/tidak langsung dengan:

i.      Cecair manusia
ii.     Instrumen pergigian
iii.    Kawasan kerja
iv.    Tisu/kultur manusia yang telah tercemar dengan virus COVID-19.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, mohon hubungi talian berikut:

Kaunter Pergigian IPPT: 04 562 2288 / 04 562 2204

Dr Husniyati Roslan
KETUA SEKSYEN PERGIGIAN
IPPT

 

  • Last updated on .
  • Hits: 3272