Skip to main content

TATACARA KES ELEKTIF DAN SEPARA - KECEMASAN PEMBEDAHAN AM HOSPITAL SEBERANG JAYA (HSJ) DILAKUKAN DI INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU (IPPT)

1.
Pakar Bedah HSJ menilaipesakit yang memerlukan pembedahanuntuk dilakukan di IPPT

  a.
Berisiko COVID-19 rendah
       i.   Borang deklarasi diisioleh pesakitdi HSJ
      ii.   Jikakeadaan pesakit diragui,ujian COVID-19dilakukan di HSJ

  b.
Pesakit yang berisikobius yang rendah (ASA1 atau ASA 2)

  c.
Jika tidak mempunyai ‘GL’,pesakit perlu bersedia membayar kos caj fidiIPPT,USM

  d. Pakar bedah HSJ perlu menerangkan mengenai kos caj fi di IPPT, USM (seperti lampiran)

2. Pesakit diperiksa dan diberi penerangan di klinik pra-pembedahan HSJ oleh doktor bius HSJ

  a. Pesakit dinilai dari segi kesesuaian mental dan fizikal untuk kes dilakukan di IPPT

3. Setelah selesai pemeriksaan dan penilaian semua pesakit yangdilihat di klinik pra-pembedahan, doktor bius HSJ berkenaan akan menghubungi pakar bius IPPT untuk menerangkan keadaan pesakit (senarai pesakit yang perlu diperiksa dan dinilai akan diemailkan terlebih dahulu kepada Pakar BIUS, IPPT oleh Jabatan Pembedahan, HSJ)

4.
Senarai kes yang telah dikemaskini diemail kepadapihak IPPT (dewan bedah)
  
   a.
Pihak dewan bedah IPPT akan menghantar email ke pihak-pihak lain di ippt (makmal darah, makmal histopatologi, makmal diagnostik, unit pesakit dalam, unit cssd, pakar bedah ippt dan pakar bius)
 
   b. Senarai kes mempunyai namapakar bedah HSJ yang akan melakukan kes dan namapegawai perubatan yang bertanggungjawab untuk kes-kes tersebut beserta nombor telefon mereka

5. Pesakit diberi dokumen tertentu untuk dibawa ke IPPTpada hari kemasukan wad
  
   a.
Borang kemasukan wad

   b. Surat rujukankepada Pakar Bedah IPPT (untuk tujuan kemasukkan wad)

  
c. Dokumen berkaitan mengenai penyakit seperti X-RAY, keputusan histopatlogi, imejan lain, keputusan darah, jenis darah, borang kebenaran pembedahan yang telah diisi dan ditandatangani, borang ‘general anaesthesia’ yang lengkap diisi dan di tandatangani, borang deklarasi COVID-19/ keputusan COVID-19

6. Pesakit akan masuk ke wad pesakit dalam seharisebelum pembedahan

7. Pesakit akan

   a. Melalui kaunter saringan COVID-19

   b. Mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran setempat di aras 1

   c. Membawa dokumen berkaitan ke aras 3, wad pesakit dalam

   d. Di dalam wad,
      
       i.  
Pesakit mendaftarkan diri untuk ditempatkan ke bilik yang disediakan
     
ii.   Pesakit mengisi borang deklarasi COVID-19, IPPT
    
iii.   Pesakit dilihat oleh pegawai perubatan HSJyang bertanggungjawab dan menilai kesediaan pesakit untuk pembedahan
    
    iv.   Setelah kes dilihat oleh pegawai perubatan, jika memerlukan ubatan atau pemeriksaan lanjut di IPPT, pegawai perubatan boleh menghubungi pakar bedah am IPPT yang telah mengetahui kes (pesakit akan didaftar di bawah pakar bedah ini) untuk membantu
    
    v.   Pesakit juga akan dilihat oleh doktor bius IPPTdan kebenaran pembiusan diambil sekali lagi
  
vi.   Sepanjang keberadaan pesakit di fasiliti IPPT, pesakit hendaklah sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, kerap membasuh tangan dan memakai penutup muka
 
vii.   Dalam situasi COVID-19, pesakit tidak dibenarkan ada peneman (melainkan pesakit yang berisiko cedera jika bersendirian seperti kanak-kanak)

8. Pada hari pembedahan, pesakit akan dipanggil ke bilik bedah mengikut tetapan kes

9. Jika ada spesimen yang dihantar ke makmal histopatologi, IPPT, borang mestilah lengkap dan menyatakan tempat keputusan akan dihantar

10. Selepas pembedahan

   a.   jika pesakit stabil pesakit akan dihantar ke wad pesakit dalam

   b.   jika keadaan pesakit membimbangkan, pesakit akan dipantau di unit rawatan rapi

   c.   jangka masa keberadaan pesakit di wad adalah bergantung kepada keadaan pesakit

   d.   jika memerlukan rawatan yang lebih lama atau spesifik, pesakit akan dihantar ke HSJ/HKB pada hari selepas pembedahan

   e.   jika sepanjang keberadaan pesakit di IPPT dan pesakit memerlukan bantuan kecemasan yang tiada di IPPT, pesakit akan dihantar ke HKB/HSJ oleh ambulans

   f.   jika pesakit memerlukan pembedahan kedua disebabkan kecemasan, pembedahan akan dijalankan di fasiliti IPPT untuk memastikan keadaan pesakit stabil

   g.  doktor pakar bedah IPPT sentiasa ada untuk menghulurkan bantuan dalam pembedahan jika diperlukan

   h.  pemeriksaan pesakit selepas pembedahan dan pemantauan pesakit dilakukan oleh pegawai perubatan HSJ yang bertanggungjawab.

       i.   Pegawai perubatan ini mestilah sentiasa boleh dihubungi jika ada perkara-perkarakecemasandan berbangkit.
     
ii.  Terdapat 1 bilik oncall di wad pesakit dalam yang boleh digunakan oleh pegawai perubatan HSJjika memerlukan

11. Discaj

   a.   Setelah pesakit stabil, pesakit dibenarkan discaj

   b.   Sebelum discaj, nota pembedahan pesakit akan dikumpul pegawai perubatan HSJ yang bertanggungjawab dan dibawa pulang ke HSJ

   c.   Pesakit tanpa GL juga perlu membayar caj fi rawatan sepanjang di IPPT sebelum discaj

*Disertakan bersama senarai caj IPPT, USM yang berkaitan

Pakar Bius IPPT
Dr Zainab Abdul Ghaffar: zainabhjj @ usm.my
Dr Chong Soon Eu: sechong @ usm.my

Pakar Bedah IPPT
Dr Leow Voon Meng: leowvm @ usm.my
Dr Fitreena Anis Amran: fitreena @ usm.my
Dr Hasmah Hussin: hasmah.hussin @ usm.my

Dewan Bedah IPPT
OTIPPT @ usm.my

Maklumat Caj dan Lokasi

  • Last updated on .
  • Hits: 1440