Skip to main content

POLISI PERKHIDMATAN FARMASI SEKSYEN FARMASI IPPT SEMASA PANDEMIK COVID-19

1. PENGENALAN

A. Polisi ini bertujuan untuk menerangkan perkhidmatan Seksyen Farmasi IPPT semasa berlakunya pandemik Covid-19. Ia merangkumi perkhidmatan yang ditawarkan semasa negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

2. SKOP PERKHIDMATAN

A. Perkhidmatan Seksyen Farmasi secara keseluruhannya berkhidmat seperti biasa dengan kehadiran staf yang minima. Kesemua perkhidmatan Seksyen
Farmasi adalah ditawarkan seperti biasa.

B. Bagi mematuhi PKP, mana – mana perkhidmatan / tugasan Seksyen Farmasi yang telah diselesaikan lebih awal boleh ditamatkan pada hari tersebut.
Sebagai contoh, perkhidmatan Unit Farmasi Onkologi yang menjalankan rekonstitusi drug sitotoksik pada sebelah pagi akan dibenarkan pulang setelah
selesai tugasan rekonstitusi tersebut.

C. Bagi perkhidmatan atau tugasan yang boleh diselesaikan di rumah, staf yang berkenaan dibenarkan bertugas dari rumah / Work From Home (WFH). Satu jadual penggiliran akan disediakan oleh unit masing – masing berdasarkan keperluan.

D. Kesemua pelanggan yang akan berurusan dengan kaunter Seksyen Farmasi akan menjalani saringan seperti pelanggan / pesakit lain sebelum memasuki premis IPPT

E. Bagi perkhidmatan Unit Farmasi Pesakit Luar (UFPL), terdapat 2 perkhidmatan tambah nilai atau Value Added Services (VAS) bagi pembekalan ubat-ubatan susulan telah diwujudkan iaitu Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu dan Perkhidmatan Pos Ubat Ubatan

3. PERKHIDMATAN TAMBAH NILAI / VALUE ADDED SERVICE(VAS)

A. Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu

i. Perkhidmatan ini disediakan tiga kali seminggu iaitu pada Selasa, Rabu dan Khamis

ii. Pesakit perlu menghubungi pihak UFPL lebih awal untuk mendapatkan temujanji, Garis panduan lengkap proses ini diterangkan dalam satu poster khas yang telah dihasilkan.

B. Perkhidmatan Pos Ubat-ubatan

i. Perkhidmatan ini berlangsung sebanyak sekali seminggu dengan menggunakan khidmat Pos Laju yang disediakan oleh Pos Malaysia

ii. Pesakit perlu menghubungi pihak UFPL lebih awal untuk persiapan dan pengesahan maklumat terlebih dahulu.

iii. Pesakit dikenakan bayaran pos sebanyak RM12 hingga RM15.

4. PENGGUNAAN ALAT LINDUNG DIRI / PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE) DANLANGKAH PENCEGAHAN

A. Kesemua staf Seksyen Farmasi perlu mematuhi kesemua SOP yang berkaitan yang telah dihasilkan bagi pengurusan pandemik Covid-19 di IPPT

B. Seperti saranan pihak pengurusan, kesemua petugas di Seksyen Farmasi perlu mengamalkan penjarakan sosial dalam urusan, pencucian tangan dan
memakai topeng muka mengikut keperluan.

C. Bagi perkhidmatan di kaunter, penjarakan sosial dengan jarak 1 meter, dipraktikkan semasa pendispensan ubat – ubatan. Tempat duduk pesakit di
ruang menunggu juga ditandakan agar pesakit dapat mempraktikkan penjarakan sosial semasa menunggu.

5. Sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan Seksyen Farmasi semasa pandemik Covid-19 boleh diajukan kepada En Mohd Ikhwan bin Hashim (Ketua SeksyenFarmasi) ditalian sambungan 2311 atau +60125500715

MOHD IKHWAN BIN HASHIM
Ketua Seksyen Farmasi
Institut Perubatan & Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia

  • Last updated on .
  • Hits: 1023