Skip to main content

TATACARA PESAKIT ‘PEMBEDAHAN MAJOR dan MINOR’ SEPANJANG MUSIM COVID-19 / PENYAKIT BERJANGKIT LAIN DI MASA HADAPAN

-    UJIAN SARINGAN COVID 19 wajib bagi pesakit yang menjalani sebarang pembedahan di IPPT (sepanjang waktu kes meningkat – tertakluk kepada situasi semasa)

-    PAKAR PEMBEDAHAN yang terlibat perlulah berhubung dengan PENYELARAS ‘IPPT USM COVID-19 PANDEMIC TASKFORCE 2020’ untuk menetapkan tarikh dan waktu ujian akan diadakan

o    Untuk pesakit peadiatrik, pakar boleh berbincang keperluan ujian ini dengan penyelaras COVID 19, pakar paediatrik dan anaestesiologi di IPPT sama ada ujian perlu dilaksanakan atau tidak kerana ujian ini mungkin mendatangkan trauma kepada pesakit atau memerlukan ‘sedation’

-    2 ujian dapat dilaksanakan di IPPT
o    RTK antigen (RM111.00) – siap dalam 2jam
o    PCR (RM 280-RM380) – siap dalam 48jam

-    Pesakit berisiko rendah dari kawasan berisiko rendah, UJIAN SARINGAN COVID 19 RTK- Antigen mencukupi.

-    Pesakit yang berisiko sederhana atau tinggi, digalakkan melakukan ujian PCR COVID 19

-    Pesakit yang tidak boleh membayar dirujuk ke UNIT PERUBATAN SOSIAL, IPPT

-    Pesakit diberikan WAKTU dan HARI pengambilan sampel oleh ‘IPPT USM COVID-19 PANDEMIC TASKFORCE 2020’

-    Adalah amat digalakkan pakar-pakar yang ingin melakukan pembedahan MENGUMPUL KES-KES PEMBEDAHAN yang perlu dilakukan UJIAN SARINGAN COVID 19 untuk dijalankan pada HARI YANG SAMA bagi mengelakkan PEMBAZIRAN PPE

-    Pada hari pengambilan sampel, pesakit membayar kos UJIAN SARINGAN COVID 19 di KAUNTER TAKSIRAN sebelum pengambilan sampel dilakukan

-    Borang permohonan ujian hendaklah diisi oleh pakar/ pegawai perubatan yang memohon ujian

 

Carta Alir Operasi

 

 

  • Last updated on .
  • Hits: 913