Skip to main content

GARIS PANDUAN RAWATAN PERGIGIAN PEDIATRIK DALAM DEWAN BEDAH PASCA PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN PENDEMIK COVID-19


PENGURUSAN PRE-OPERATIF


1. Pesakit harus melengkapkan sejarah pemeriksaan COVID-19 yang terperinci.

2. Pesakit dan ibu/ayah pesakit perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sekurang-kurangnya sekali sebelum menjalani sebarang pembedahan.

3. Ujian saringan COVID-19 hanya akan dijalankan ke atas pesakit pediatrik dan ibu/ayah yang mempunyai sebarang tanda dan gejala COVID-19. Kos saringan tersebut perlu ditanggung oleh waris pesakit seperti jadual di bawah:

  Bil.      Kategori      Caj (RM)  
  1.     Pesakit tanggungan IPPT/USM
  (staf, pelajar dan tanggungan yang berkaitan)
    280.00  
  2.     Pesakit Poliklinik EHS     350.00  
  3.     Pesakit bukan tanggungan IPPT/USM
  (B40 & T20)
    280.00  


4. Sebarang ujian makmal atau radiografi akan dijalankan mengikut garis panduan KKM.

5. Penyiasatan radiografi intra-oral perlu dihadkan dan penyiasatan radiografi extra-oral adalah digalakkan.

6. Borang persetujuan pembedahan secara digital adalah digalakkan untuk mengurangkan kontaminasi kertas. Ibubapa/penjaga perlu emel borang sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum rawatan dijalankan.

7. Ibubapa/penjaga akan dihubungi untuk sesi konsultasi bius am oleh Pakar Bedah dan tarikh akan diberikan untuk kemasukan ke wad pesakit dalam.


PENGURUSAN PERI-OPERATIF


1. Sekiranya terdapat kes kecemasan dan status COVID-19 pesakit belum dikenal pasti, PPE yang penuh perlu dipakai oleh pasukan pembedahan.

2. Bilangan staf yang membantu prosedur perlu dihadkan dan staf yang essential sahaja dibenarkan dalam dewan bedah.

3. Bahagian suis dan dial dental cutting unit perlu ditutup dengan barrier film.

4. Sebarang tiub atau kabel perlu ditutup dengan sarung pakai buang.

5. Operator perlu memakai face shield /goggles serta mempraktikkan teknik gowning yang rutin.

6. Mask N95 atau yang setaraf dengannya perlu dipakai.

7. Oral toilet perlu dijalankan sebelum rawatan dengan menggunakan 0.5-1.0% hydrogen peroxide atau swab dengan 2% povidone-iodine.

8. Penggunaan rubber dam dan high volume suction diwajibkan untuk mengurangkan penghasilan aerosol dan percikan semasa rawatan pergigian yang menghasilkan aerosol.


Rujukan:


1. COVID-19: Guideline to Resume Paediatric Dental Services in Malaysia, Malaysian Association of Paediatric Dentistry, 2020.

2. Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Pandemik COVID-19 No. 1/2020.

  • Last updated on .
  • Hits: 502