GALLERY
{tab=2017}
{slider=Perutusan Ketua Pustakawan}
Perutusan Ketua Pustakawan yang telah diadakan di Perpustakaan IPPT, Lot 45 pada 15 Februari 2017. Dalam majlis tersebut, Encik Ali Bin Abdul Rahim selaku Ketua Pustakawan telah memberi amanat terakhir kepada semua staf sebelum bersara wajib pada 17 Februari 2017.
{/slider}
{slider=Majlis Persaraan Ketua Pustakawan}
Majlis Persaraan Ketua Pustakawan, Encik Ali Bin Abdul Rahim telah diadakan pada 17 Februari 2017 di Perpustakaan Hamzah Sendut. Seramai 7 orang staf Perpustakaan IPPT telah menghadiri majlis ini dan turut dihadiri oleh perpustakaan cawangan yang lain.
{/slider}
{slider=Majlis Persaraan Encik Noris A/L Muniandy}
Majlis Persaraan En Noris a/l Muniandy telah diadakan di dewan Seksyen Akademik, Lot 45 pada bulan Mac 2017 bagi menghargai bakti dan jasa beliau sepanjang 32 tahun berkhidmat di Perpustakaan USM. Majlis ini telah dihadiri oleh mantan Ketua Pustakawan, En Ali Bin Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pustakawan S54, Pn Engku Razifah Engku Chik, Timbalan Ketua Pustakawan S54, En Mohd Nasir Bin Md Rashid, Timbalan Ketua Pustakawan S52, Pn Siti Fatimah Binti Hashim, Ketua-Ketua Bahagian dari Perpustakaan Hamzah Sendut, Prof Madya Dr Bakiah Binti Shaharuddin, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik dan staf perpustakaan yang lain.
{/slider}
{slider=Ebsco Medical Workshop}
Ebsco Medical Workshop telah diadakan 22 Mei 2017 bertempat di Bilik Multimedia, Seksyen Akademik di Lot 45. Bengkel ini telah disertai oleh pensyarah dan juga pelajar.
{/slider}
{slider=Researcher Profile}
{/slider}
{tab=2018}
{slider=Perpindahan Perpustakaan IPPT Dari Lot 45 ke Sains@Bertam}
Projek perpindahan perpustakaan telah bermula pada bulan Disember 2017 yang melibatkan staf Perpustakaan IPPT, dengan dibantu oleh 4 orang staf Perpustakaan Hamzah Sendut, anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia dan juga pelajar. Perpustakaan IPPT telah memulakan operasi secara rasmi di bangunan baru iaitu Kompleks Waziria atau kini dikenali sebagai Sains@Bertam pada 2 Februari 2018.
{/slider}
{slider=Bengkel "Making JBCS as a preffered Journal by Design"}
Bengkel "Making JBCS as a preffered Journal by Design" telah dianjurkan oleh Perpustakaan dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Jaringan IPPT pada 11 Oktober 2018 bertempat di Dewan Kuliah A, Sains @ Bertam. JBCS atau Journal of Biomedical & Clinical Sciences merupakan jurnal terbitan IPPT. Bengkel ini telah dikendalikan oleh moderator jemputan iaitu Puan Fazlina Mohamed Rouse selaku Timbalan Pengarah Penerbit USM. Objektif utama bengkel ini dianjurkan adalah untuk menjadikan pengurusan penerbitan jurnal yang berkualiti setaraf dengan jurnal antarabangsa, membangunkan laman sesawang yang berkesan dan mendapatkan pengiktirafan dari institusi pengindeksan yang bertaraf antarangsa. Bengkel ini telah dihadiri oleh 17 orang pensyarah, pegawai dari Bahagian Penyelidikan dan Jaringan IPPT, pegawai teknologi maklumat IPPT dan fasilitator dari Penerbit USM.
{/slider}
{slider=Anugerah Pengguna Terbaik Perpustakaan IPPT}
Anugerah Pengguna Terbaik Perpustakaan IPPT baru diperkenalkan pada tahun 2018 dan akan diteruskan pada masa hadapan. Anugerah ini bertujuan untuk menghargai sokongan pengguna kepada Perpustakaan IPPT dan seterusnya memberi dorongan kepada kepada mereka untuk lebih kerap menggunakan perkhidmatan Perpustakaan.Terdapat 2 kategori iaitu Kategori Pengguna Aktif dan Kategori Pengunjung Setia. Dalam Majlis Perutusan Pengarah IPPT pada 6 Mac 2019 yang bertempat di Dewan Seri Endon, Jabatan Audit Negara, Kepala Batas, telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perpustakaan IPPT, iaitu bagi kategori 'Pengguna Aktif 2018' telah dimenangi oleh Dr. Ilie Fadzilah Hashim, manakala kategori 'Penggunjung Setia 2018' telah dimenangi oleh Dr. Chong Soon Eu.
{/slider}
{tab=2019}
{slider=Anugerah Pengguna Terbaik Perpustakaan IPPT}
STAF
![]() |
DR. NG SIEW KIT Kluster : Infektomik Kategori : Pengguna Aktif (Januari 2019) |
![]() |
DR. OOI CHEONG HWA Kluster : Sains Gaya Hidup Kategori : Pengunjung Setia (Januari 2019) |
![]() |
DR. SITI RAZILA ABD RAZAK Kluster : Onkologi dan Radioterapi Kategori : Pengguna Aktif (Februari 2019)
|
![]() |
DR. CHONG SOON EU Kluster : Perubatan Regeneratif Kategori : Pengunjung Setia (Februari 2019) |
![]() |
PROFESOR MADYA DR. SITI NOOR FAZLIAH BINTI MOHD NOOR Kluster : Sains Kraniofasial & Biobahan Kategori : Pengguna Aktif (Mac 2019) |
![]() |
DR. CITARTAN A/L MARIMUTHU Kluster : Infektomik Kategori : Pengunjung Setia (Mac 2019) |
![]() |
PROFESOR DR. TANG THEAN HOCK Kluster : Infektomik Kategori : Pengguna Aktif (April 2019) |
![]() |
NOOR' AKIDAH BINTI UBAIDILLAH Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 Kategori : Pengunjung Setia (April 2019) |
PELAJAR
![]() |
BINSU SUKUMARAN Kategori : Pengguna Aktif (Januari 2019) |
![]() |
MUHAMMAD ZHARIFF BIN MUHAMAD Kategori : Pengunjung Setia (Januari 2019) |
![]() |
SITI AMINAH BINTI AHMED Kategori : Pengguna Aktif (Februari 2019) |
![]() |
MISLIA BINTI OTHMAN Kategori : Pengunjung Setia (Februari 2019) |
![]() |
ANISAH BINTI ABDUL ZUBIR Kategori : Pengguna Aktif (Mac 2019)
|
![]() |
CHIU HOCK ING Kategori : Pengunjung Setia (Mac 2019) |
![]() |
SITI MAISURA BINTI AZMI Kategori : Pengguna Aktif (April 2019) |
![]() |
ELFAGIE REHAB M H Kategori : Pengunjung Setia (April 2019) |
{/slider}
{slider=Bengkel Endnote & Information Literacy Skills}
Bengkel Endnote & Information Literacy Skills telah dianjurkan oleh Perpustakaan IPPT pada 27 Mac 2019 bertempat di Bilik Seminar, Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC). Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Hasniza Amno dan dihadiri oleh seramai 26 orang pelajar.
{/slider}
{slider=Free Books Corner & Kempen Jom Derma Buku}
Kempen Jom! Derma Buku @Book Donation yang bertemakan “Sharing is Caring” dan Free Book Corner adalah cetusan idea Perpustakaan dengan kerjasama Bahagian Akademik dan Antarabangsa IPPT bagi tahun 2019 untuk memupuk dan menggalakkan perkongsian ilmu di kalangan warga IPPT.
Program ini dilancarkan pada 15 Mac 2019 dan akan berakhir pada 15 Disember 2019.
OBJEKTIF :
1. Menambah dan mempelbagaikan bahan bacaan (buku rujukan / penyelidikan) ke dalam koleksi
Perpustakaan IPPT.
2. Membuat edaran bahan bacaan ringan kepada pesakit dan penjaga di Kompleks Klinikal IPPT
3. Memberi bahan bacaan PERCUMA kepada warga IPPT (Free Book Corner - Sains@Bertam dan ARC)
4. Menggalakkan sumbangan bahan bacaan oleh masyarakat/staf sebagai sebahagian tanggungjawab
sosial
Sijil akan diberikan kepada Warga IPPT yang menderma (minimum 5 naskhah)....Serahan boleh dibuat di Perpustakaan IPPT di Sains @ Bertam.
{/slider}
{slider=Bengkel Mendeley & Information Literacy Skills}
Bengkel Mendeley & Information Literacy Skills telah dianjurkan oleh Perpustakaan IPPT pada 28 Mac 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat, Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC). Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Hasniza Amno dan dihadiri oleh seramai 5 orang pelajar.
{/slider}
{slider=Bengkel 'Formatting USM Thesis Template'}
Bengkel 'Formatting USM Thesis Template' telah dianjurkan oleh AMDI Students Association pada 12 April 2019 bertempat di Bilik Seminar, Animal Research Complex. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Lizawati Muhammadan dan dihadiri oleh seramai 20 orang pelajar.
{/slider}
{slider=Taklimat Research Data Management}
Taklimat Research Data Management yang disampaikan oleh Puan Cik Ramlah Che Jaafar (Ketua Unit RDM), Puan Noor Adilah Azmi dan Encik Mohd Ikhwan Ismail bertempat di Perpustakaan IPPT pada 16 April 2019. Taklimat disampaikan kepada Pustakawan dan Penolong Pustakawan Perpustakaan IPPT.
{/slider}
{slider=Bengkel Mendeley}
Bengkel Mendeley telah dianjurkan oleh AMDI Student Association (ASA) 2018/2019 pada 24 April 2019 bertempat di Bilik Seminar, Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC). Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Hasniza Amno dan dihadiri oleh seramai 9 orang pelajar.
{/slider}
{slider=Bengkel Mendeley & Informaton Literacy Skills}
Bengkel Mendeley telah dianjurkan oleh AMDI Student Association (ASA) 2018/2019 pada 26 April 2019 bertempat di Bilik Seminar, Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC). Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Hasniza Amno.
{/slider}
{slider=Program Books & Coffee Trolley Round}
Program Books & Coffee Trolley Round telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Profesor Dr. Syed Azhar Syed Sulaiman sempena Program Hilal Ramadan pada 29 April 2019. Program ini merupakan kesinambungan daripada Kem Jom! Derma Buku yang dilancarkan oleh Perpustakaan IPPT. Perpustakaan IPPT menerima sumbangan besar buku daripada staf IPPT dan mendorong kami untuk menubuhkan sudut 'Free Books Corner' di luar perpustakaan bertempat di Sains @ Bertam, Kompleks Penyelidikan Haiwan dan Kompleks Penyelidikan Klinikal. Di sini sesiapa sahaja boleh memilih buku yang disukai tanpa perlu meminjam atau memulangkannya.
Program Books & Coffee Trolley Round berkembang sebagai program sukarelawan dimana staf dan sukarelawan melawat wad dan pesakit setiap hari dalam setiap minggu. Sukarelawan akan menghidangkan kopi, teh dan minuman lain sambil mendermakan bahan bacaan seperti fiksyen, bukan fiksyen, komik, majalah, buku agama, buku motivasi dan lain-lain. Ini juga menunjukkan tanda belas kasihan dan motivasi kepada pesakit, yang kebanyakaannya pesakit kanser.
Jika anda ingin menyumbang kepada program kami, sila hubungi Pustakawan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.
{/slider}
{slider=Bengkel Scifinder-N}
Bengkel SciFinder- N: search strategies for medical sciences, anjuran Perpustakaan dan Bahagian Akademik & Antarabangsa telah dijalankan pada Selasa (2 Julai 2019) bertempat di Dewan Kuliah A, Sains @ Bertam. Bengkel ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu, MS Pamela Oon dari ACS (Chemistry for Life) khususnya kepada staf akademik, pegawai sains dan farmasi serta para pelajar IPPT.
{/slider}
{slider=4th International Innovation & Design in Library & Information Science Competition (Indelib 2019)}
Perpustakaan IPPT telah memperoleh kejayaan hattrick di pertandingan "4th International Innovation & Design in Library and Information Science (Indelib 2019)" yg telah diadakan di Hotel Rainbow Paradise Beach Resort pada hari ini.
Perpustakaan IPPT yg diketuai oleh Puan Hasniza Amno, Ketua Bahagian Perpustakaan, telah mempertaruhkan 2 projek yg bertanding dalam kategori organisasi berdepan dgn penyertaan dari UITM, UTP, UNIMAP, dll.
Bagi projek "Books & Coffee Trolley Round" pasukan IPPT telah memenangi Silver Award kategori INVENTION, manakala projek "Touch Lib 2.0" telah memenangi Gold Award bagi kategori INNOVATION. Penyertaan kedua iaitu Touch Lib 2.0 (hak cipta terpelihara) juga telah merangkul anugerah Diamond iaitu terbaik secara keseluruhan bagi kategori inovasi.
Upacara pelancaran dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, YB Ir Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.
Indelib adalah pertandingan tahunan yg dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat, UITM Cawangan Kedah bagi menyemarakkan inovasi dan invensi dalam bidang perpustakawanan dan teknologi maklumat.
Ini merupakan penyertaan Perpustakaan IPPT buat kali ketiga di pertandingan InDeLib, di mana pasukan ini telah memenangi satu anugerah GOLD pada tahun lepas.
{/slider}
{slider=Diamond & Birthday Celebrations (Majlis Kesyukuran Perpustakaan IPPT)}
Pada 23 Oktober 2019 , Perpustakaan IPPT telah mengadakan Majlis Kesyukuran bagi meraikan kejayaan memperoleh anugerah Diamond iaitu terbaik secara keseluruhan bagi kategori inovasi menerusi projek Touch Lib © 2019 dalam 4th International Innovation & Design in Library & Information Science Competition (Indelib 2019) pada 14 Oktober 2019 yang lalu.
Perpustakaan IPPT juga turut meraikan sambutan ulangtahun kelahiran Ketua Bahagian, Pn Hasniza Amno dalam majlis ini. Majlis ini telah dihadiri kira-kira seramai 50 orang jemputan terdiri daripada Mantan Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan dan staf daripada pelbagai bahagian.
{/slider}
{slider=Bengkel "Writing Yor First Book : From Concept To Publication”}
Bengkel "Writing Yor First Book : From Concept To Publication” telah diadakan pada 7-8 November 2019 di Auditorium Al-Azhari,Sains@Bertam, Institut Perubatan & Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia. Bengkel ini adalah anjuran Perpustakaan IPPT dengan kerjasama Bahagian Akademik dan Antarabangsa, IPPT.Antara penceramah yang dijemput adalah Puan Nur Naimah Jaafar, Puan Noor Azila Mahamod dan Puan Noriyanti Jahaya yang merupakan Pegawai Penerbitan dari Penerbit USM. Manakala En Faisal Sabikon dari Penerbit Hijjaz dan juga Dr Ramesh Premnath dari Penerbit Springer juga di antara penceramah yang dijemput utk berkongsi ilmu dan tips penerbitan buku.Objektif bengkel ini ialah untuk meningkatkan penulisan dan penerbitan buku-buku ilmiah di kalangan pensyarah Universiti Sains Malaysia.
{/slider}
{slider=Anugerah Transformasi Komuniti uPustaka kategori Perpustakaan Akademik (IPTA/IPTS)}
Pada 23 November 2019 telah berlangsungnya Majlis Perasmian Program Kembara Digital Malaysia Kuala Pilah di Stadium Mini Kuala Pilah. Majlis yang berlangsung selama 2 hari ini mempamerkan pelbagai kelebihan teknologi komunikasi dan perkhidmatan digital kepada rakyat dan negara sekaligus merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia. Dalam majlis ini juga YB turut menyampaikan hadiah tempat pertama untuk Anugerah Transformasi Komuniti uPustaka kategori Perpustakaan Akademik (IPTA/IPTS) kepada Puan Hasniza Amno.
Perpustakaan IPPT, USM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penasihat program "Books & Coffee Trolley Round", Dr. Bakiah Shaharuddin Pakar Mata IPPT, Bahagian Klinikal IPPT, para penaja, para sukarelawan dan pensyarah/pensyarah perubatan IPPT yang menjayakan program kami sehingga memenangi anugerah u-Pustaka ini.
{/slider}
{tab=2020}
{slider=AMDI Libfie Contest 2019 dan Anugerah Pengguna Terbaik Perpustakaan IPPT 2019 sempena Majlis Perutusan Pengarah 2020}
Majlis Perutusan Pengarah 2020 telah disampaikan oleh Pengarah IPPT, Prof Syed Azhar Syed Sulaiman pada 28 Januari 2020 di Dewan Al-Azhari, Sains@Bertam. Pelbagai anugerah, pengiktirafan dan penyampaian hadiah telah disampaikan kepada staf IPPT, USM.
Perpustakaan IPPT juga mengambil peluang pada hari Perutusan Pengarah ini untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan AMDI Libfie 2019 dan Anugerah Pengguna Terbaik Perpustakaan 2019. Prof Syed Azhar Syed Sulaiman dan diiringi oleh Ketua Bahagian Perpustakaan IPPT telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
Berikut ada pemenang-pemenang Pertandingan AMDI Libfe:
Fotografi Individu:
- Dr Hazwani Hanafi
- Dr Husnaida Abdul Manan
- En Mohd Faisal Jamaludin
Fotografi Berkumpulan:
- Dr Noorsuzana Mohd Shariff
- Dr Nor Khalina Khalil
- Prof Madya Dr Md Azman Seeni
Pemenang Anugerah Pengguna IPPT 2019
Kategori Pengguna Aktif (Staf): Dr. Nor Azlina Khalil
Kategori Pengunjung Setia (Staf): Dr. Zarina Thasneem Zainudeen
Kategori Pengguna Aktif (Pelajar): Siti Aminah Ahmed
Kategori Pengunjung Setia (Pelajar): Manimegalai A/P Manogaran
{/slider}
{slider=Majlis Perasmian Frivo Education@AMDILiB}
Program "Frivo Education@AMDILiB"adalah anjuran bersama Perpustakaan, Bahagian Akademik dan Antarabangsa dan Persatuan Pelajar IPPT (ASA) telah dirasmikan pada 31 Januari 2020 oleh Pengarah IPPT, Profesor Dr. Syed Azhar Syed Sulaiman bertempat di Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC), IPPT, USM.
“Frivo Education”, di IPPT, pelajar akan memberikan perkongsian dari pelbagai kategori berasaskan penerokaan (exploratory), percubaan (experimental), minat (passion), pengalaman hidup (experience), kemahiran (skills) atau rasa ingin tahu (curiosity) yang mencambahkan pengetahuan baru.
Untuk permulaan, Profesor Dr. Narazah Binti Mohd Yusoff, Profesor Madya Dr. Md Azman Bin Pkm Seeni Mohamed, Profesor Madya Dr. Bakiah Binti Shaharuddin berbesar hati untuk membentangkan tajuk perkongsian mereka pada majlis perasmian tersebut.
{/slider}
{slider=Frivo Education@AMDILiB 28 February 2020}
Pada 28 Februari 2020 merupakan giliran pelajar IPPT untuk berkongsi pengalaman pembelajaran mereka. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada :
1) Noor Fatin Aida Baharul Amin - "Back to the past"
2) Nur Jihan Mohd Zukhi - "Measure the body sew the hearts"
3) Victoria Kaneng Pam - "Girls and wealth"
4) Ibrahim Deeb Taufiq Al Deeb - "Stress"
Program ini dihadiri oleh 52 orang pelajar dan 10 staf.
{/slider}
{slider=Banner Aktiviti Perpustakaan IPPT 2020}
{/slider}
- Last updated on .
- Hits: 4287