ms my  en

  • kempen pemulangan ubat

  • Kami Bina dan Pimpin Kecemerlangan

  • web kempen bebas tembakau

  • Derma Darah New

  • Akademik 2015

Kompleks Penyelidikan Klinikal

Perkhidmatan Klinikal adalah merupakan salah satu komponen penting di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia. Perkhidmatan ini telah mula beroperasi pada 20 September 2004 di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Sejajar dengan pembangunan IPPT, Perkhidmatan Klinikal kini telah beroperasi di Kompleks Penyelidikan Klinikal yang terletak di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kompleks ini dibangunkan lengkap dengan kemudahan perubatan dan pergigian terkini serta kemudahan makmal yang canggih.

Buat masa ini, IPPT lebih memberi penekanan dalam bidang Onkologi dan kini menerima pesakit kanser untuk dirawat sepenuhnya di sini. Dengan kemudahan rawatan yang ada, IPPT dijadikan sebagai pusat rujukan perkhidmatan Onkologi meliputi kawasan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia.

Selain itu, terdapat juga perkhidmatan lain yang ditawarkan seperti Klinik Pakar Perubatan, Klinik Pakar Pergigian, Makmal Diagnostik Termaju.

webCTC2ippt
clinicalboss

 

Caj Bayaran

KADAR CAJ BAYARAN PENDAFTARAN

Rawatan Pesakit Luar IPPT
(Peraturan Bayaran & Kadar Caj HUSM)

JENIS CAJ   KADAR CAJ
Klinik Pakar
a) Rujukan Hospital Kerajaan   PERCUMA (Kali Pertama)
b) Rujukan Hospital Swasta   RM30.00 (Kali Pertama)
c) Kes Ulangan   RM5.00
     
Kes-kes di bawah kategori PERCUMA
a) Kakitangan Kerajaan   Sertakan Surat Jaminan
b) Pelajar Sekolah Kerajaan
(18 tahun ke bawah)
  Sertakan Surat Sekolah
c) Bantuan Kebajikan Masyarakat   Sertakan Kad Bantuan
d) OKU   Sertakan Kad OKU
e) Pesara   Kad Pesara
     
*Warga Asing   Kadar caj yang dikenakan adalah dua
kali ganda kadar caj warganegara.
     

 

Dokumen


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA PENDAFTARAN

 
1. Kad Pengenalan / Passport / Surat Beranak / MyKid.

 2. Surat Jaminan (Kakitangan Kerajaan - GL) - 6 bulan / Surat Akuan Pelajar - 6 bulan.
 3. Surat Rujukan bagi kes yang dirujuk (Hospital/Klinik).
 4. Kad Pesara / Kad Rawatan Staf (USM / IPPT).
 5. Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (Pesakit JKM / OKU).