• EHS e banner 22

  • HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA

  • OBE

  • banner akademik2

  • kursusibadahhaji

  • banner academik

  • KEMPEN PEMULANGAN UBAT UBATAN

  • ZON BEBAS TEMBAKAU

  • Derma Darah 2

Bahagian Penyelidikan dan Jaringan

Bahagian Penyelidikan dan Jaringan (BPJ) adalah satu entiti yang bekerjasama dengan Pejabat Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang berperanan dalam mengurus, menyelaras dan menggerakkan usaha pembangunan penyelidikan bagi meningkatkan produktiviti untuk menghasilkan penemuan baharu dan output penyelidikan yang berimpak tinggi.

Dengan menyokong matlamat USM dalam memacu kecemerlangan penyelidikan, BPJ bertekad untuk terus meningkatkan perkhidmatan pengurusan penyelidikan ke peringkat yang lebih cemerlang selari dengan status USM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan (RU) dan juga satu-satunya Universiti berstatus APEX di Malaysia.

Aktiviti Penyelidikan adalah komponen yang sangat penting di IPPT. Menyedari kepentingan ini, IPPT telah dilengkapi sepenuhnya dengan persekitaran penyelidikan yang menjurus kepada bidang perubatan dan pergigian.

Aktiviti utama penyelidikan adalah memberi tumpuan kepada unsur-unsur kajian lanjutan untuk melatih dan membangunkan individu-individu yang cemerlang dalam bidang tersebut. Adalah diharapkan individu-individu ini akan menjadi perintis teknologi baru dalam kedua-dua bidang dan juga akan memberikan sumbangan bermakna kepada pembangunan ekonomi negara.

 
Prof. Dr. Narazah Mohd Yusoff
Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan)