PPKT menyediakan perkhidmatan kad pintar bagi keseluruhan pengguna USM Kejuruteraan bagi memastikan keselamatan peralatan serta setiap akses direkodkan bagi memudahkan pemantauan. Terdapat 146 pintu di Pusat-Pusat Pengajian yang dilengkapi dengan sistem kad pintar merangkumi keseluruhan Kampus Kejuruteraan.
Polisi ditetapkan bagi membolehkan pengguna mengakses pintu yang dibenarkan sahaja. Ia bertujuan mengelakkan penyalahgunaan serta menghadkan akses pengguna.
Setiap pemilik kad juga boleh mengakses ke tiga-tiga pintu masuk USM. Kad ini mempunyai tempoh tamat.
Pelajar-pelajar pula memiliki Kad Pintar Prihatin yang juga boleh digunakan untuk transaksi ATM serta pengeluaran wang PTPTN.
Untuk membuat aduan untuk perkhidmatan ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:
Talian ServisDesk@PPKT-IPPTsambungan 2 111@ 04 562 2111 ATAU
Sistem ServisDesk@PPKT-IPPT di alamat https://sd.usm.my/ppkt ,
ATAU
Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. , ATAU
Datang ke Kaunter ServisDesk@PPKT-IPPT di alamat PPKT, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) ,Universiti Sains Malaysia, Bertam ,13200 Kepala Batas ,Pulau Pinang