Skip to main content

Emel USM

Pengenalan dan Objekif

Secara amnya perkhidmatan e-mel di IPPT terbahagi kepada dua     

  • Perkhidmatan e-mel untuk staf (usm.my)
  • Perkhidmatan e-mel untuk pelajar (student.usm.my)

Melalui perkhidmatan ini, diharapkan akan memudahkan komunikasi antara warga kampus dan luar kampus dengan kaedah yang cepat dengan kos yang minimum.

Permohonan

Bagi pelajar dan staf, akaun e-mel akan diwujudkan sejurus ditawarkan sebagai pelajar/staf USM. Maklumat e-mel akan disertakan di dalam surat tawaran.

Hanya warga USM sahaja yang layak mendapatkan kemudahan perkhidmatan ini.

Penamatan Akaun

Untuk staf yang bersara – akaun akan dinyahaktif selepas SEBULAN dari tarikh persaraan.
Untuk pelajar yang telah tamat pengajian – akaun akan dinyahaktif selepas SETAHUN dari tarikh tamat pengajian.

Size Storan

USM membekalkan ruangan storan bersaiz 10GB untuk setiap akaun e-mel dan 10GB untuk Onedrive.

Ciri-ciri

Antara ciri-ciri istimewa yang boleh didapati

1. https://owa.usm.my
- Antara muka grafik yang mudah
- Online Instant Messaging
- Address Book
- Calendar
- Paparan mesej berasaskan perbualan
- Tapisan e-mel Junk dan tetapan pengguna
- Berasaskan web

2.https://www.outlook.com/student.usm.my
- Antara muka grafik yang mudah
- Address Book
- Calendar
- Berasaskan web
- Online Instant Messaging
- Tapisan E-mel Junk

Penukaran kata laluan

Untuk menukar kata laluan, sila ke self.usm.my dan klik “Change Password”. Kata laluan baru perlu memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Sekurang-kurangnya 8 karakter
  • Tidak boleh melebihi 25 karakter
  • Tidak boleh sama dengan nama anda atau nama
  • pengguna (username) anda
  • Mesti mempunyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol

Untuk sebarang masalah, hubungi kami melalui kaedah berikut:

Talian ServisDesk@PPKT-IPPT sambungan 2111, 04-562 211 ATAU Sistem ServisDesk@PPKT-IPPT di alamat https://sd.usm.my/ppkt ,

ATAU
Emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ,

ATAU
Datang ke Kaunter ServisDesk@PPKT-IPPT di alamat Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) ,Universiti Sains Malaysia, Bertam ,13200 Kepala Batas ,Pulau Pinang