
MAKLUMAT PUSAT KOMUNITI IPPT
Pusat Komuniti IPPT merupakan satu impian dan cita-cita seluruh warga Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (IPPT USM). Kemudahan yang disediakan ini akan memberi manfaat kepada warga Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM dan seluruh komuniti IPPT termasuk pesakit, masyarakat setempat dan ramai lagi. Ia terdiri daripada :
-
Surau berkapasiti 600 jemaah
-
Tadika
-
Bilik Pengurusan Jenazah
-
Bilik Penyimpanan Jenazah
-
Dewan Kuliah
-
Bilik Tetamu sebanyak 9 unit
-
Pejabat Pentadbiran
Majlis Pecah Tanah Pusat Komuniti IPPT telah sempurna dilaksanakan oleh Profesor Dr. Azlinda Azman, mantan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar Dan Alumni pada Jumaat 22 Julai 2022 yang menjadi simbolik kepada perlaksanaan pembinaan Pusat Komuniti IPPT, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM. Majlis ini turut disertai oleh Pengarah Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT) YM Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah Pusat Islam USM Ustaz Mohammad Shukri Osman, pihak pengurusan Universiti, wakil-wakil surau dan masjid serta masyarakat setempat. Projek yang mendapat kelulusan pihak tertinggi universiti dan menelan belanja hampir RM 5.6 juta ini merupakan satu pendekatan projek melalui dana wakaf. Projek ini juga dimasukkan ke bawah Projek Wakaf Pengajian Tinggi USM melalui Sektor Wakaf Pusat Islam USM dan Wakaf Pulau Pinang. Penyumbang layak untuk mendapatkan pengecualian cukai LHDN dengan resit atau penyata yang akan dikeluarkan oleh Wakaf Pulau Pinang.
Semoga dengan adanya Pusat Komuniti IPPT ini dapat memberi banyak peluang perkhidmatan kepada seluruh warga IPPT dan masyarakat setempat. Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) sangat mengalukan kepada seluruh masyarakat untuk menyalurkan sumbangan samaada wakaf, infak dan sebagainya bagi merealisasikan pembinaan Pusat Komuniti IPPT.
WAKAF / INFAQ /SUMBANGAN
Jom sama-sama kita berwakaf untuk pembinaan Pusat Komuniti IPPT dengan menekan link di bawah !!!

1) Projek Wakaf Surau Pusat Komuniti IPPT
(ePayment Jabatan Bendahari USM) (Auto Generate Receipt)👇🏻
https://tinyurl.com/32z4hek7
2) InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment👇🏻
https://infaqpay.my/go/suraupusatkomunitiipptusm
3) InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment👇🏻
https://infaqpay.my/plus/suraupusatkomunitiipptusm-sumbangan

Atau melalui Online Transfer seperti maklumat tertera di bawah !!!
LAFAZ AKAD

Inilah wang zakat ( pendapatan / perniagaan / pertanian / emas / simpanan ) yang wajib keatas saya pada tahun ini kerana Allah Taala.
آجَرَكَ اللَّهُ فِيْمَا أعْطَيْتَ وَبَارَكَ فِيْمَا أَبْقَيْتَ وَجَعَلَهُ لَكَ طَهُورًا
IKLAN / MAKLUMAT
Wakaf merupakan amalan sedekah yang digalakkan oleh Islam terhadap umatnya yang berkemampuan agar kesenangan yang dikurniakan itu dapat dinikmati oleh golongan yang kurang berkemampuan.
Perkara ini berdasarkan firman Allah SWT :
لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّـهَ بِهِ عَلِيمٌ
Maksudnya : Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
(Surah Ali-Imran)



LAIN-LAIN
Untuk sebarang maklum balas, sila hubungi Pejabat Urusan - Unit Hal Ehwal Islam (UHEIS) IPPT USM
Pejabat Urusan - Unit Hal Ehwal Islam (UHEIS) IPPT USM :
Telefon : 04-5622144 / 2426
E-mel :
USTAZ MOHD MOHSIN SIRUN
Penolong Pengarah Kanan, Pusat Islam USM merangkap Penyelaras Unit Hal Ehwal Islam (UHEIS),
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM
Telefon : 019 - 431 9447
E-mel :
USTAZ HASNIZAR ELIAS
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam,
Unit Hal Ehwal Islam (UHEIS),
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM
Telefon : 013 - 649 9144
E-mel :
Anda juga boleh mendapatkan update terkini aktiviti Unit Hal Ehwal Islam (UHEIS) IPPT USM menerusi Facebook rasmi kami dengan menekan link di bawah :
https://www.facebook.com/Pusat-Komuniti-IPPT-USM-110053911811153