Skip to main content

Majlis Anugerah Sanggar Sanjung 2022
Iktiraf Pencapaian Staf IPPT Dan PPUSMB

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG, 20 NOVEMBER 2023 -  Majlis Anugerah Sanggar Sanjung atau dikenali sebagai MASS diperkenalkan pada tahun 2001 menjadi acara penting Universiti untuk mengiktiraf pencapaian staf USM dalam pelbagai kategori selari dengan usaha untuk memacu kecemerlangan Menara Ilmu ini. 

Majlis Anugerah Sanggar Sanjung merupakan majlis penghargaan bagi meraikan staf USM yang telah berjaya mengharumkan nama USM di peringkat Universiti, Kebangsaan dan Antarabangsa. MASS yang berlangsung di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang ini membawakan tema “Leaves as the Bridge Between Science and Art: A Fascinating Journey” disempurnakan dengan kehadiran Pro- Canselor USM, Tan Sri Dato’ Dr. M. Jegathesan Manikavasagam yang hadir bersama isterinya, Puan Sri Datin Tan Lee Hong.

Turut diserikan lagi dengan kehadiran Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Pro-pro Canselor USM, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur bersama isteri, Puan Sri Jasmin; Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan bersama isteri Puan Sri Datin Noridah Nachara Hamat; Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk MASS2022, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat; Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dr. Azlan Amran; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dr. Habibah A. Wahab; serta delegasi USM.

MASS 2022 menyaksikan penganugerahan Anugerah Sanggar Sanjung bagi lima Kategori Anugerah iaitu kategori Anugerah Pentadbir Sanjungan, Anugerah Pendidik Sanjungan,  Anugerah Kualiti, Anugerah Sanjungan Industri dan Anugerah Kepimpinan Masyarakat.

Manakala untuk penganugerahan Anugerah Sanggar Sanjung peringkat kebangsaan pula dikategorikan kepada empat kategori antaranya adalah Kategori Pengkomersilan Produk Penyelidikan, Kategori Paten, Kategori Geran Penyelidikan Industri dan Kategori Penerbitan Buku.

Penyampaian Anugerah Sanggar Sanjung peringkat antarabangsa pula terdiri daripada tiga jenis kategori iaitu Kategori Geran Penyelidikan Industri, Kategori Geran Penyelidikan Antarabangsa dan Kategori Penerbitan Jurnal. Kemuncak bagi Majlis Anugerah Sanggar Sanjung 2022 adalah penganugerahan Anugerah Canselor.

Antara staf yang telah mengharumkan nama IPPT dan PPUSMB adalah Encik Mohamad Firdaus Harun yang menerima anugerah bagi kategori Anugerah Pentadbir Sanjungan, Kumpulan Preclinical Translational Unit bagi kategori Anugerah Kualiti.

Manakala Dr. Mohammad Farris Iman Leong Abdullah menerima anugerah untuk Kategori Penerbitan Buku.  Selain daripada penerbitan buku, penganugerahan Sanggar Sanjung ini turut diberikan kepada penerima-penerima anugerah kategori Penerbitan Jurnal   (1 Jurnal & 2 Jurnal). Penerima Anugerah bagi Anugerah Kategori Penerbitan 1 Jurnal terdiri daripada 8 orang. Antaranya, Profesor Madya Dr. Ch’ng  Ewe Seng, Profesor Madya Dr. Rafidah Zainon, Dr. Hazwani Ahmad Yusof @ Hanafi, Profesor Madya Dr. Mohd Hafiz Mohd Zin,  Dr. Noor Diyana Osman, Ts. Chm. Dr. Nur Nadhirah Mohamad Zain, Dr. Hazrina Yusof Hamdani dan Dr. Nurhuda Mohamad Ansor.

Seterusnya, bagi kategori Penerbitan 2 Jurnal dianugerahkan kepada Prof. Madya Ts. Chm. Dr. Lim Vuanghao (Antioxidants European Polymer Journal),  Prof. Madya Ts. Chm. Dr. Noorfatimah Yahaya (Food Chemistry Talanta) dan Dr. Citartan A/L Marimuthu (Ecotoxicology And Environmental Safety Talanta).

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan daripada Pengarah dan seluruh warga Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) serta Pusat Perubatan USM Bertam kepada semua penerima anugerah yang berjaya merangkul Anugerah Sanggar Sanjung bagi tahun 2022. 

Teks disediakan oleh:  Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Naziroh Shafii