IPPT RANGKUL LIMA PINGAT DALAM PERTANDINGAN USM INNOZILLA 2024
USM PULAU PINANG, 7 November 2024 - Buat julung kalinya, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), turut mengambil bahagian dengan menyertai Program yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia ‘INNOZILLA 2024’, yang mempamerkan teknologi dan inovasi terobosan yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mengumpulkan peserta, pakar, pemimpin industri serta pihak berkepentingan yang komited untuk masa depan yang mampan.
Program USM INNOZILLA 2024 yang berlangsung di Dewan Utama Pelajar (DUP), USM ini menampilkan 188 ciptaan (143 dipaparkan secara fizikal dan 45 secara maya) daripada pelbagai sekolah, kolej, universiti dan syarikat permulaan di seluruh Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan, dan Pahang dengan penyertaan antarabangsa dari Indonesia dan Singapura.
Bertemakan ‘Merapatkan Inovasi Antara Akademia, Inovator Muda, Kerajaan, Industri, dan Komuniti untuk Pembangunan Mampan’, acara dua hari itu membawa peserta bersama-sama bersaing dalam dua kategori iaitu Vanguard untuk pencipta yang lebih maju, dan Trailblazer untuk inovator baru muncul untuk menggalakkan pelbagai idea dan penyelesaian kreatif.

IPPT telah berjaya membawa pulang satu Pingat Emas, tiga Pingat Perak dan satu Pingat Gangsa dalam Pertandingan USM INNOZILLA 2024. Bagi Anugerah Pingat Emas, IPPT menang dengan tajuk ‘AlgaeBoost: Fuel Your Body With Nature’s Power’ yang diketuai oleh Profesor Madya. Dr. Lim Vuanghao dan Batoul Allalam.
Manakala, untuk kategori Anugerah Pingat Perak pula, IPPT berjaya merangkul tiga Pingat Perak iaitu ‘Moringa Miracle: Advanced Nanoparticle Lotion for Deep Skin Nourishment and Rejuvenation’ oleh Dr. Nozlena Abdul Samad bersama Melissa Kilus dan Rolla Al Shalabi; ‘Intramyocardial Injection of Human iPSC-Cardiomyocytes/Proepicardial-like Cells Enhances Vascularization and Salvages Myocardial Thickness in Cryoinjured Rat Hearts’ oleh Profesor Madya Dr. Tan Jun Jie dan Fatin Fazrina Roslan; dan Dr. Siti Hawa Ngalim dan pasukannya iaitu Sunthara Murthi Anamalai, Profesor Madya Carlos Mas Moruno, Dr. Ahmad Suparno Bahar Moni, dan Profesor Dr. Yit Lung Khung dengan tajuk ‘Innovating BMP-7 Peptide Osseointegration with Micropattern Stainless Steel Towards Bone Regeneration’.



Setinggi-tinggi tahniah diucapkan daripada Pengarah dan seluruh warga IPPT dan PPUSMB kepada semua pemenang.



Pusat Media & Perhubungan Awam