Ippt Terima Kunjungan Lawatan Pengarah Pusat Idea UKM Teroka Peluang Kolaborasi Penyelidikan Antara Universiti

INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU, PULAU PINANG, 19 Julai 2024
IPPT hari ini, menerima kunjungan lawatan oleh Profesor Dr. Jamia Azdina Jamal, Pengarah Pusat IDEA, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kunjungan beliau disambut baik oleh Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin yang Menjalankan Fungsi Pengarah IPPT dan PPUSMB.
Antara tujuan kunjungan adalah untuk membincangkan potensi kerjasama penyelidikan yang boleh diteroka oleh kedua-dua belah pihak.
Lawatan kunjungan dimulai dengan sesi bergambar dan ucapan aluan oleh Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin kemudiaannya diikuti dengan ucapan Profesor Dr. Jamia Azdina Jamal. Disusuli dengan tayangan video korporat IPPT dan mesyuarat penelitian kolaborasi penyelidikan.
Antara hasil perbincangan yang dikenalpasti adalah IPPT bersetuju untuk bekerjasama dalam basic science, animal facility dan clinical trial.
Pengarah IDEA-UKM kemudiaannya dibawa mengelilingi Kompleks Penyelidikan Haiwan menggunakan Bas Bergerak (Medical Coach) sebelum dibawa melawat ke Seksyen Makmal Berpusat dan Seksyen Penyelidikan Haiwan. Lawatan tamat sekitar jam 12.15 tengah hari.
Hadir sama adalah Profesor Madya Dr. Hasni Arsad, Dr. Muhammad Amir Yunus, Dr. Hazwani Ahmad Yusuf @ Hanafi, Dr. Suria Emilia Suhana Othman Tan, Dr. Noor Ayuni Ahmad Shafiai, Dr. Noor Diyana Osman, Dr. Nor Azlina Khalil dan Puan Rafedah Abas.
Teks disediakan oleh : Noorsyuhada Abdul Rahim
Teks disunting oleh : Naziroh Shafii
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
19 Julai 2024
