Kaizen & Inovasi
Konsep Kaizen dan Inovasi
Perbezaan Konsep KAIZEN dan INOVASI
IPPT menerima pakai konsep dan pendekatan Kaizen & Inovasi. Namun begitu, dari segi implementasinya kedua-dua pendekatan ini digunakan secara terpilih mengikut keadaan, masa dan kawasan. Ianya juga terpulang kepada Ketua Bahagian, Fasilitator dan Ketua Zon 5S untuk memilih seterusnya menggunakan cara yang bersesuaian dengan tahap budaya kualiti di zon dan kumpulan masing-masing. Secara ringkas, berikut adalah beberapa perbezaan yang dapat dilihat.
{slider=Kesan}
Berdasarkan fokus kesan amalan 5S, Kaizen dilihat mempunyai fokus berterusan yang lebih jangka panjang. Dengan itu kesannya agak lambat dan perlahan. Ini kerana pendekatan kaizen itu sendiri adalah secara perlahan tapi berterusan walaupun memakan masa. Manakala Inovasi pula kesannya adalah lebih cepat. Inovasi biasanya memerlukan masa yang singkat sahaja untuk dilaksanakan penambahbaikan.
{/slider}
{slider=Jangka masa}
Dari segi jangka masanya, pendekatan Kaizen ini adalah secara berterusan. Ianya lebih memerlukan masa, idea dan usaha berterusan dari semua warga kerja IPPT untuk melaksanakan aktiviti penambahbaikan ini. Secara tidak langsung, akan berlaku peningkatan yang berterusan. Manakala pendekatan Inovasi lebih menjurus pada tahap yang mungkin akan berhenti pada bila-bila masa. Jangka masanya berperingkat dengan mengambil kira beberapa faktor dari segi masa dan modal.
{/slider}
{slider=Perubahan}
Setiap aktiviti Kaizen memerlukan pemantauan bagi memastikan ianya kekal dan boleh digunapakai dalam jangka masa yang lama. Walaupun perubahannya agak perlahan, namun ianya akan dapat memastikan sesuatu penambahbaikan itu boleh diguna oleh beberapa generasi di dalam IPPT. Perubahan bagi inovasi adalah cepat. Apabila modal ( wang, manusia, material ) mencukupi, ianya akan mudah dilakukan. Namun pendekatan ini memerlukan pemantauan dan tidak hanya bergantung kepada fungsi sedia ada.
{/slider}
{slider=Pendekatan}
Fokus terhadap pendekatan dan penglibatan, Kaizen lebih bergantung kepada usaha kumpulan keseluruhan dan setiap ahlinya. Ini kerana masing-masing mempunyai cara yang mungkin dikenalpasti antara cara terbaik bagi mengatasi sesuatu perkara. Namun bagi Inovasi, ianya terhad kepada individu atau kumpulan yang lebih kecil ( seperti Kumpulan Inovasi dan Kreatif, KIK ) dan individu atau kumpulan kecil itu perlu lebih berusaha mengetengahkan ideanya untuk diterima pakai. Ini bukanlah maksud yang sebenar tetapi budaya orang Jepun yang mementingkan pasukan berbanding masyarakat barat yang mementingkan individu
{/slider}
{slider=Jadual Perbezaan}
Fokus | Inovasi | Kaizen |
Jangka Masa | Panjang | Pendek |
Perubahan | Berperingkat | Berterusan dan Meningkat |
Pendekatan | Idea Dan Usaha individu atau kumpulan yang lebih kecil (seperti Kumpulan Inovasi dan Kreatif, KIK) | Idea Dan Usaha Kumpulan Keseluruhan |
Kesan | Cepat dan Mudah Luput | Perlahan dan Kekal |
{/slider}
{slider=Illustrasi Perbezaan}
![]() |
{/slider}
- Last updated on .
- Hits: 1908