Penambahbaikan
Penambahbaikan berterusan di dalam pelaksanaan 5S
Objektif penambahbaikan berterusan memberi peluang semua warga kerja terlibat dalam menyumbang idea yang lebih sesuai untuk dilaksanakan di tempat kerja. Penambahbaikan tidak terhad untuk individu atau untuk sesetengah perkara sahaja. Ianya boleh melibatkan proses yang amat mudah hinggalah yang memerlukan analisis sesuatu perkara sebelum penambahbaikan boleh dibuat.
Amalan 5S merupakan satu aktiviti penambahbaikan visual di tempat kerja. Apa jua penambahbaikan yang baik boleh dilakukan tidak kira menambahbaik di lantai, peralatan, persekitaran tempat kerja, di stor, pejabat dan beberapa kawasan yang dikenalpasti. Ianya mungkin dari yang sekecil-kecil benda atau perkara kepada penambahbaikan yang melibatkan kajian data, aspek kejuruteraan dan analisis yang mendalam.
Pendekatan penambahbaikan berterusan di dalam Amalan 5S
Sebahagian IPPT telah menerapkan falsafah dan prinsip Amalan 5S / QE sejak tahun 2008 IPPT memilih penambahbaikan melalui inovasi dan tindakan pencegahan berbanding tindakan pembetulan. Konsep-konsep ini mudah dipelajari dan difahami. Warga kerja perlu jelas kaedah mana yang sesuai digunapakai dalam memberi kerjasama dan sokongan membuat penambahbaikan berterusan.
- Last updated on .
- Hits: 2556