Skip to main content

Amalan 5S

 

Apakah Amalan 5S ?

5S adalah singkatan bagi istilah Jepun bagi Seiri (SISIH), Seiton (SUSUN), Seiso (SINAR), Seiketsu (SERAGAM) & Shitsuke (SENTIASA AMAL). Istilah dalam Bahasa Melayu yang diguna bukanlah yang paling seerti tetapi digunakan untuk mengekalkan awalan huruf ‘S’ di dalam perkataan tersebut.

Aktiviti-aktivitinya mudah dilakukan. Amalan 5S adalah budaya memilih cara kerja yang lebih sesuai dan menghasilkan impak yang lebih praktikal melalui persekitaran kerja yang kondusif. Sebagai contoh, melalui aplikasi teknik seperti 3S iaitu (SISIH, SUSUN, SINAR) akan menjadikan lantai dan tempat kerja sentiasa bersih, diselenggara dengan baik bagi memastikan peralatan sentiasa bersih dan yang paling penting selamat, berfungsi serta tahan lama. Kesannya kerja menjadi mudah dan hasilnya lebih baik.

Amalan 5S akan membangkitkan rasa tanggungjawab dan sayang individu warga kerja kepada IPPT.

Setiap individu berperanan melaksanakan amalan 5S tanpa ada seorang pun yang tertinggal. Amalan ini memerlukan sokongan dari semua pegawai dan warga kerja bagi menjayakannnya.

  • Last updated on .
  • Hits: 1478