AMDI Student Club
Maklumat Penginapan Untuk Disewa
Dapatkan senarai rumah atau bilik untuk disewa yang berdekatan dengan Institut ini. Pelajar perlu berurusan terus dengan tuan punya rumah.
Senarai disediakan untuk kemudahan dan kebajikan pelajar dan pihak IPPT tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang timbul daripada urusan ini.
Penubuhan Pro-Tem Kelab Pelajar IPPT
Bahagian Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP) telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Kelab Pelajar IPPT. Penubuhan Kelab ini pada tanggal 22 Mac 2016 adalah bertujuan untuk memberi satu suara yang rasmi kepada semua pelajar IPPT dan juga bagi merangka aktiviti-aktiviti yang boleh membawa manfaat kepada semua pelajar.
Satu Jawatankuasa Penaja telah dilantik merangkumi seorang Pengerusi, Penolong Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi menyediakan satu kertas cadangan untuk penubuhan kelab ini. Ia telah dipanjangkan kepada Dato’ Timbalan Naib Canselor (HEP) USM untuk kelulusan penubuhan.
- Last updated on .
- Hits: 1878