Skip to main content

PENYELIDIK PKTAAB DINOBATKAN PENERIMA ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA 2026 - KATEGORI KIMIA

Seluruh warga Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Noorfatimah Yahaya, Pensyarah PKTAAB, atas kejayaan meraih Anugerah Saintis Muda Negara (ASMN) 2026 bagi Kategori Kimia anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan terhadap kepakaran dan sumbangan beliau dalam bidang Kimia Analisis, khususnya menerusi penyelidikan pembangunan teknologi pemisahan molekul terpilih yang berpotensi menghasilkan kaedah pengesanan antibiotik pada kepekatan sangat rendah dengan lebih sensitif, pantas dan mesra alam.

Kejayaan ini turut memperlihatkan keupayaan penyelidik USM dalam meneroka penyelesaian inovatif berasaskan sains dan teknologi yang menyumbang kepada kemajuan penyelidikan negara.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperluas penerokaan ilmu, menghasilkan inovasi berimpak tinggi serta menyumbang kepada pembangunan ekosistem penyelidikan dan inovasi negara.

Syabas dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini!

Daripada:
Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin
Pengarah
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi
Universiti Sains Malaysia