KPT PRIHATIN MADANI: PKTAAB DEKATI KOMUNITI KUALA PERLIS, PERLUAS AKSES SARINGAN DAN KESEDARAN KANSER




KUALA PERLIS, 31 Oktober 2026 – Usaha memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pencegahan dan pengesanan awal kanser terus diperkasa menerusi Program KPT Prihatin MADANI – Inisiatif Saringan Kesihatan yang berlangsung di Masjid Ar-Rahmaniah, Kuala Perlis, hari ini.
Program yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Muhamad Yusri Musa, Pakar Perunding Kanan Otorinolaringologi, bersama pasukan perubatan Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) itu membawa tema “Cegah Awal, Sayangi Diri & Keluarga”. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program COMPASSION (Community Program for Sustainable Impact Mission), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama PKTAAB, Islamic Medical Association of Malaysia Response and Relief Team (IMARET), Masjid Ar-Rahmaniah Kuala Perlis dan Pertubuhan IKRAM Perlis.


Program yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Muhamad Yusri Musa, Pakar Perunding Kanan Otorinolaringologi, bersama pasukan perubatan Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), USM Bertam itu membawa tema “Cegah Awal, Sayangi Diri & Keluarga”. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program COMPASSION (Community Program for Sustainable Impact Mission), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama PKTAAB, Islamic Medical Association of Malaysia Response and Relief Team (IMARET), Audiolab serta Masjid Kampung Pokok Asam.
Antara pengisian utama program termasuklah saringan kesihatan umum, saringan kanser, pemeriksaan dan khidmat nasihat oleh pakar perubatan serta pameran kesedaran kanser. Kehadiran barisan pakar dan petugas kesihatan PKTAAB serta IMARET turut membuka ruang kepada penduduk untuk mendapatkan penerangan secara langsung, berkongsi kebimbangan berkaitan kesihatan serta memahami kepentingan mengenali tanda-tanda awal penyakit dan mendapatkan pemeriksaan lanjut sekiranya diperlukan. Antara kanser yang di saring ialah kanser payudara, serviks, usus, hati dan prostat. Ujian penanda kanser (tumor marker), ujian darah dalam najis dan ultrasound telah dilakukan kepada mereka yang berada dalam kumpulan berisiko. Tiga orang pakar radiologi terlibat dalam melakukan ujian ultrasound dalam program ini.


Pengisian program turut merangkumi aktiviti Doktor Cilik bersama IKRAM Perlis yang memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai amalan penjagaan kesihatan dan kepentingan membudayakan gaya hidup sihat sejak kecil. Sesi lawatan serta taklimat bersama rakan kolaborasi turut diadakan bagi memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama dalam pelaksanaan inisiatif kesihatan komuniti.
Turut hadir ialah Dr. Henniyati Harahap, Ketua Yayasan Aufa Royhan; Profesor Madya Dr. Anto, Rektor Universitas Aufa Royhan (UNAR); Profesor Madya Dr. Eshaifol Azam Omar, Ketua Projek PKTAAB; Dr. Ns. Sukhri Herianto Ritonga, Wakil Rektor III UNAR; dan Dr. Novitasari Batubara, Wakil Rektor II UNAR, bersama delegasi serta para pelajar UNAR.


Penganjuran inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan USM dan PKTAAB dalam memperluas jangkauan pendidikan kesihatan serta mendekatkan perkhidmatan saringan kepada masyarakat, khususnya komuniti yang memerlukan akses lebih mudah kepada pemeriksaan kesihatan.
