Skip to main content

DIABETES ACTIVE DAY 2026 PERKUKUH BUDAYA HIDUP SIHAT DI PKTAAB

BERTAM, 24 Oktober 2026 – Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh kesedaran tentang pencegahan dan pengurusan diabetes menerusi penganjuran Diabetes Active Day 2026 yang menggabungkan pendidikan kesihatan dengan aktiviti fizikal dan sukan.
Program tahunan bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia yang berlangsung di Gelanggang Serbaguna PKTAAB USM itu bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kerja PKTAAB.
Penganjuran tahun ini selari dengan tema Hari Diabetes Sedunia 2026, “Early Action on Diabetes”, yang menekankan kepentingan tindakan awal dalam mengesan diabetes, mengurangkan faktor risiko serta mendapatkan rawatan yang bersesuaian bagi mencegah komplikasi serius. Penekanan ini turut menggalakkan masyarakat mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan melalui amalan gaya hidup sihat dan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Pengarah PKTAAB, Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, ketika merasmikan program tersebut menekankan kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang, melakukan aktiviti fizikal secara konsisten, menjalani pemeriksaan kesihatan berkala serta mematuhi rawatan yang disarankan.

Program turut dimeriahkan dengan pertandingan bola tampar lelaki dan wanita yang melibatkan penyertaan PKTAAB, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Acara pickleball dan petanque pula disertai oleh warga PKTAAB. Penganjuran aktiviti sukan ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup aktif, malah memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan sesama peserta.
Penglibatan Marrybrown menerusi inisiatif program komuniti turut memeriahkan penganjuran ini, sekali gus mencerminkan sokongan sektor swasta terhadap usaha menggalakkan gaya hidup sihat dan memperkukuh hubungan dengan komuniti.
Melalui penganjuran ini, PKTAAB USM berharap kesedaran tentang diabetes dapat diterjemahkan kepada tindakan harian yang konsisten, sekali gus menyokong usaha pencegahan penyakit tidak berjangkit dan meningkatkan kesejahteraan warga kerja serta komuniti setempat.