Skip to main content

PPTI–PKTAAB PERKUKUH KOLABORASI PENYELIDIKAN MELALUI PERKONGSIAN ILMU KLINIKAL DAN PENYELIDIKAN

BERTAM, 16 Oktober 2026 – Seramai 65 orang staf Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI), Universiti Sains Malaysia (USM), diketuai oleh Dekan PPTI, Profesor Madya Dr. Mohd. Yusri Yusup, bersama Timbalan-Timbalan Dekan serta staf akademik dan pentadbiran, telah mengadakan lawatan ke Kompleks Penyelidikan Kanser (CRC), Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), USM.

Program dimulakan dengan lawatan ke Makmal Seksyen Penyelidikan Haiwan dan Seksyen Makmal Penyelidikan Berpusat, diikuti sesi PKTAAB Clinical & Research Knowledge Exchange yang dikendalikan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Rafidah Zainon, Ketua Seksyen Inovasi dan Jaringan, Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan (BPIJ).

Sesi perkongsian ilmu oleh Profesor Dr. Badrul Hisham Yahaya, Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan) PKTAAB, merangkumi aspek kemudahan klinikal, pengalaman makmal dan akreditasi. Sesi perbincangan dua hala turut membuka ruang kepada penerokaan pelbagai peluang kerjasama penyelidikan rentas bidang, di samping memperkukuh kerjasama sedia ada antara pensyarah kedua-dua pusat tanggungjawab.

Lawatan strategik ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kolaborasi, menggalakkan perkongsian kepakaran dan kemudahan penyelidikan serta menyokong penghasilan penyelidikan berimpak tinggi demi manfaat universiti dan masyarakat.

Pengarang berita: Nur Fadilah Safar, Prof. Madya Ts. Dr. Rafidah Zainon
Foto: Safri Zainal Abidin, Athirah Raihanah Abdul Wahab, Mohd Norhisham Sukur

#pktaab #usm #WeLead