CME HBOT: MENEROKA POTENSI TERAPI OKSIGEN HIPERBARIK DALAM PERAWATAN KLINIKAL DI PKTAAB





BERTAM, 14 Oktober 2026 – Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia, melalui Wound and Enterostomal Therapy Unit dengan kerjasama Healing Chambers of Asia Sdn. Bhd. (HCA) telah menganjurkan program Continuing Medical Education (CME): Hyperbaric Oxygen Therapy (Heal with Oxygen) di Auditorium Sains@Bertam, PKTAAB, USM.
Program telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Operasi dan Piawaian, Dr. Mastura Mohd Sopian.
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman warga kesihatan mengenai terapi oksigen hiperbarik (Hyperbaric Oxygen Therapy, HBOT), khususnya berkaitan aplikasi klinikal, pemilihan pesakit yang sesuai serta aspek keselamatan dalam pelaksanaan rawatan.

Program ini menghimpunkan seramai 75 peserta, terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan, jururawat dan paramedik dari hospital serta klinik sekitar Pulau Pinang. Program ini turut menampilkan dua orang penceramah, iaitu Dr. Muhammad Haziq Bin Hawi , Diving Medical Officer Kuala Lumpur Hyperbaric Center dan En. Mohd Amirullah bin Hamzah, Pengarah Healing Chambers of Asia Sdn. Bhd.
Penyampaian cenderamata kepada penceramah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Klinikal dan Kelestarian PKTAAB, Prof. Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim sebagai tanda penghargaan atas perkongsian ilmu dan kepakaran yang disampaikan.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen PKTAAB dalam menyokong pembelajaran berterusan serta memperkukuh kerjasama strategik dengan pihak industri dalam bidang kesihatan, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan dan perawatan pesakit.
Teks: Suziela Wati Sulaiman, Ketua Jururawat Unit Kualiti dan Latihan Kejururawatan, PKTAAB
