SAMBUTAN HARI FARMASI SEDUNIA 2026





Bersempena Hari Farmasi Sedunia 2026, Unit Farmasi Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), USM menganjurkan sambutan bertemakan “Empowering Pharmacy For Healthier Futures”atau “Memperkasakan Farmasi Untuk Masa Depan Lebih Sihat”.

Antara pengisian yang menarik ialah Hari Bertemu Pelanggan, yang membuka ruang untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan secara langsung bagi membantu menambah baik perkhidmatan farmasi.
Turut memeriahkan sambutan ialah aktiviti Green Screen Excitement, yang memberi peluang kepada warga PKTAAB dan pesakit bergambar bersama maskot rasmi Amoxx & Pestie dengan pelbagai latar menarik.
Terima kasih kepada semua yang turut memeriahkan sambutan Hari Farmasi Sedunia 2026. Semoga usaha memperkasakan perkhidmatan farmasi terus menyumbang kepada pengalaman penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk semua. 
