SEMINAR PEMANTAPAN KEMAHIRAN DAN KOMPETENSI KEJURURAWATAN 2026 PERKUKUH AMALAN PENJAGAAN PESAKIT




BERTAM, 6 Oktober 2026 โ Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) dengan kerjasama Pusat Transformasi Insan (PTI), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Seminar Pemantapan Kemahiran dan Kompetensi Kejururawatan 2026 bertempat di Auditorium Sains@Bertam, PKTAAB.
Bertemakan โMemperkasa Kompetensi, Memantapkan Amalan Kejururawatanโ, seminar yang berlangsung sehari ini menjadi platform kepada warga kejururawatan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kompetensi profesional dalam melaksanakan penjagaan pesakit yang selamat, berkualiti dan berkesan.


Seminar turut dihadiri oleh Pengarah PKTAAB, Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin; Timbalan Pengarah Klinikal dan Kelestarian, Profesor Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim; wakil Pengerusi Program, Matron Falizah Abd Kadir; barisan penceramah, ahli jawatankuasa penganjur serta warga PKTAAB.
Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin turut menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan seminar. Seminar diteruskan dengan beberapa sesi perkongsian ilmu yang memberi penekanan kepada kemahiran dan kompetensi penting dalam amalan kejururawatan.
Sesi pertama bertajuk โ๐๐๐ง๐ข๐ฅ๐๐ข๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ฉ ๐๐๐ฌ๐๐ค๐ข๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ค๐ง๐ข๐ค ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ฅโ disampaikan oleh Puan Nor Sayidah Mafisah Mohd Nasir, jururawat di Dewan Bedah yang mempunyai sijil Post Basic Anaesthesia. Perkongsian tersebut menekankan kepentingan penilaian tahap kesakitan yang tepat sebagai sebahagian daripada proses penilaian pesakit.
ย


Sesi kedua bertajuk โ๐๐๐ค๐ง๐ข๐ค ๐๐ฌ๐๐ฌ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐๐ฎ๐๐ข๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐โ disampaikan oleh Puan Athirah Nasuha Roslan, jururawat di Unit Luka PKTAAB dan pemegang sijil Post Basic Penjagaan Luka. Sesi ini memberi peluang kepada peserta mengimbas kembali prinsip serta teknik asas dalam penjagaan luka.
Seterusnya, sesi โ๐๐๐: ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐ง ๐๐ซ๐๐ค๐ญ๐ข๐ค๐๐ฅ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ฆ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ซ๐๐ฐ๐๐ญ๐๐งโ disampaikan oleh Encik Ahmad Shakry Saidon, jururawat di Unit Kecemasan yang mempunyai Diploma Lanjutan Kecemasan. Perkongsian ini memberikan pendedahan berkaitan pemahaman ECG daripada perspektif amalan kejururawatan.
Sesi keempat bertajuk โ๐๐๐ง๐ ๐๐ง๐๐๐ฅ๐ข๐๐ง ๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐๐๐๐ซ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ข๐ญ๐ฎ๐๐ฌ๐ข ๐๐ซ๐ข๐ญ๐ข๐ค๐๐ฅโ disampaikan oleh KJ Nurhazwani Awang Arif, Ketua Jururawat di Unit Kecemasan yang mempunyai Diploma Lanjutan Kecemasan. Sesi ini menekankan kepentingan ketepatan, kepantasan dan keselamatan dalam pengendalian ubatan ketika menghadapi situasi kecemasan bagi memastikan keselamatan pesakit sentiasa menjadi keutamaan.


๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Pada sebelah petang, peserta mengikuti sesi praktikal yang dikendalikan oleh fasilitator yang ditetapkan. Sesi ini memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh menerusi sesi perkongsian ilmu dalam situasi praktikal.
Penglibatan aktif peserta melalui aktiviti praktikal turut membantu meningkatkan keyakinan, kecekapan serta keupayaan mereka dalam melaksanakan kemahiran kejururawatan.


๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Seminar ini bukan sahaja menjadi medan perkongsian ilmu dan pengalaman, malah merupakan salah satu usaha berterusan dalam memperkukuh kompetensi warga kejururawatan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh diharapkan dapat diaplikasikan secara berkesan dalam amalan klinikal, khususnya dalam meningkatkan keselamatan pesakit, kualiti perkhidmatan serta profesionalisme dalam penjagaan kejururawatan.
Penganjuran seminar ini turut mencerminkan komitmen Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan PKTAAB bersama PTI, USM dalam menyediakan ruang pembelajaran dan pembangunan profesional secara berterusan kepada warga kejururawatan.
Seminar Pemantapan Kemahiran dan Kompetensi Kejururawatan 2026 melabuhkan tirai dengan harapan agar segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang dikongsikan dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam amalan seharian.
Program ini membawa mesej bahawa kompetensi profesional perlu diperkukuh secara berterusan bagi memastikan warga kejururawatan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang selamat, berkualiti, beretika dan berintegriti.

โ๐๐จ๐ฆ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง. ๐๐๐ซ๐๐ญ๐ข๐ค๐. ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข. ๐๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง๐ฃ๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐๐ฅ๐ข๐ญ๐ข.โ
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan PKTAAB dengan kerjasama Pusat Transformasi Insan (PTI), Universiti Sains Malaysia, barisan penceramah, fasilitator, urus setia serta semua peserta atas komitmen dan sokongan dalam menjayakan seminar ini.
Teks disediakan oleh: KJ Nur Atiqah Bt Abdul Rahim
Disunting oleh: KJ Suziela Wati Bt Sulaiman
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi
Universiti Sains Malaysia
Penganjuran seminar ini turut mencerminkan komitmen Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan PKTAAB bersama PTI, USM dalam menyediakan ruang pembelajaran dan pembangunan profesional secara berterusan kepada warga kejururawatan.
Seminar Pemantapan Kemahiran dan Kompetensi Kejururawatan 2026 melabuhkan tirai dengan harapan agar segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang dikongsikan dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam amalan seharian.
Program ini membawa mesej bahawa kompetensi profesional perlu diperkukuh secara berterusan bagi memastikan warga kejururawatan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang selamat, berkualiti, beretika dan berintegriti.
