Skip to main content

BENGKEL GOOD CLINICAL PRACTICE 2026 PERKUKUH KOMPETENSI PENYELIDIKAN KLINIKAL

BERTAM, 30 September 2026 – Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Good Clinical Practice Workshop 2026 secara hibrid pada 28 hingga 30 September 2026.

Bengkel ini merupakan anjuran bersama Jabatan Kesihatan Komuniti, PKTAAB dan Unit Percubaan Klinikal, PKTAAB, dengan penyertaan seramai 48 peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar USM, warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta saintis industri.
Penganjuran bengkel ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan amalan klinikal baik dalam pelaksanaan penyelidikan klinikal, khususnya dalam aspek perlindungan hak, keselamatan dan kesejahteraan peserta kajian serta pemeliharaan integriti data penyelidikan.

Sebagai sebahagian daripada bengkel, kesemua peserta turut menduduki peperiksaan Good Clinical Practice (GCP) pada 30 September 2026 yang berlangsung di Auditorium, SAINS@Bertam, PKTAAB, USM.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen PKTAAB dalam memperkukuh kompetensi warga penyelidikan serta menyokong pelaksanaan penyelidikan klinikal yang beretika, berkualiti dan mematuhi amalan serta piawaian yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penceramah, peserta dan jawatankuasa penganjur atas komitmen serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Good Clinical Practice Workshop 2026. Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam menyokong pelaksanaan penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti.