PROGRAM SUAIKENAL PROGRAM DOKTOR PERUBATAN, SARJANA SAINS DALAM SAINS SENAMAN KLINIKAL DAN MOD PENYELIDIKAN SIDANG AKADEMIK 2026/2027




BERTAM, 28 dan 29 SEPTEMBER 2026 – Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan Program Suaikenal bagi pelajar baharu Sidang Akademik 2026/2027 melibatkan seramai 29 orang pelajar, terdiri daripada 12 orang pelajar Program Doktor Perubatan, 12 orang pelajar program Sarjana Sains dalam Sains Senaman Klinikal dan 3 orang pelajar program Mod Penyelidikan.
Program selama dua hari tersebut berlangsung di beberapa lokasi utama PKTAAB, antaranya Dewan Kuliah A, Sains@Bertam, Pusat Penyelidikan Kanser (CRC) dan Kompleks Pengajaran Kanser (CTC). Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai pengurusan akademik, penyelidikan, perkhidmatan klinikal, kelestarian, kemudahan pembelajaran serta perkhidmatan sokongan yang disediakan di PKTAAB.
Hari pertama dimulakan dengan sesi pendaftaran sebelum diteruskan dengan Pengenalan PKTAAB serta Bahagian Akademik & Antarabangsa (BAA) oleh Profesor Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof @ Hanafi, Timbalan Pengarah (Akademik & Antarabangsa). Para pelajar kemudiannya diperkenalkan kepada perkhidmatan klinikal dan aspek kelestarian di PKTAAB melalui sesi bersama Profesor Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim, Timbalan Pengarah (Klinikal & Kelestarian).


Pendedahan kepada aspek penyelidikan dan jaringan turut diberikan melalui sesi yang melibatkan Profesor Dr. Badrul Hisham Yahaya, Timbalan Pengarah (Penyelidikan & Jaringan). Sementara itu, Dr. Siti Hawa Ngalim, Penasihat Persatuan Pelajar PKTAAB, memperkenalkan Persatuan Pelajar PKTAAB (PKTAABSA) serta aktiviti suai kenal bersama persatuan.
Pelajar turut mengikuti taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh Cik Nurislah Baharuddin, Pegawai Sains, Unit Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (OSHE); manakala taklimat mengenai Keselamatan disampaikan oleh Encik Muhammad Hambali Soid, Ketua Seksyen Keselamatan. Taklimat berkaitan Pengenalan Pusat Transformasi Digital disampaikan oleh Encik Mohammad Fauzi Yahaya, Ketua Pegawai Teknologi Maklumat manakala taklimat mengenai pengenalan Perpustakaan PKTAAB dan lawatan dikendalikan oleh Puan Lizawati Muhammadan, Ketua Bahagian Perpustakaan PKTAAB.


Sesi sebelah petang memberi tumpuan kepada urusan akademik melalui taklimat Pengenalan Hal Ehwal Akademik PKTAAB oleh Puan Nur Anis Syamimi Mohammad Azmi, Penolong Pendaftar BAA. Bagi pelajar Sarjana Sains dalam Sains Senaman Klinikal, mereka turut mengikuti pengenalan khusus program yang disampaikan oleh Dr. Ooi Cheong Hwa, Ketua Program Sarjana Sains dalam Sains Senaman Klinikal.


Pada hari kedua, pengisian program dilaksanakan mengikut program pengajian bagi memberi pendedahan yang lebih khusus kepada keperluan akademik dan pembelajaran setiap kumpulan pelajar.
Bagi pelajar Sarjana Sains dalam Sains Senaman Klinikal dan Mod Penyelidikan, sesi dimulakan dengan lawatan ke Pusat Penyelidikan Kanser (CRC). Pelajar diberikan penerangan mengenai Bahagian Penyelidikan dan Jaringan oleh Puan Naziroh Shafii, Penolong Pendaftar Kanan, diikuti pengenalan kepada Seksyen Makmal Penyelidikan Berpusat oleh Puan Rafedah Abas, Pegawai Sains, serta Seksyen Penyelidikan Haiwan oleh Dr. Nor Azlina Khalil, Pegawai Veterinar.
Pendedahan kepada perkhidmatan klinikal PKTAAB pula merangkumi taklimat mengenai Kaunter Pendaftaran dan Unit Rekod Perubatan oleh Dr. Hasfizani Haji Ariffin, Ketua Penolong Pendaftar, Seksyen Perubatan, serta lawatan ke Unit Rawatan Harian dan Makmal Diagnostik Klinikal dikendalikan oleh Puan Sharidah Shaari, Ketua Perkhidmatan Kejururawatan. Pelajar turut berpeluang melawat Klinik Pakar Pergigian 2 bersama Profesor Dr. Norehan Mokhtar, Ketua Perkhidmatan Pergigian, sebelum meneruskan lawatan ke Unit Farmasi yang dikendalikan oleh Puan Norazana Ramli, Ketua Unit Farmasi merangkap Ketua Perkhidmatan Unit Farmasi Logistik.


Sementara itu, pelajar Program Doktor Perubatan memulakan hari kedua dengan sesi Pengenalan Kursus Teras Program Fasa I dan Suaikenal bersama Pelajar Tahun 2 oleh Dr. Suria Emilia Suhana Othman Tan, Penyelaras Fasa I Program Doktor Perubatan. Mereka turut mengikuti taklimat Program Pembangunan Insaniah Pelajar (PPIP) oleh Profesor Madya Dr. Intan Juliana Abd Hamid, Penyelaras PPIP manakala taklimat berkaitan Kursus Universiti oleh Profesor Madya Dr. Ch’ng Ewe Seng, Penyelaras Kursus Wajib Universiti. Sesi tersebut diikuti dengan penyerahan Mentor Pelajar yang dikendalikan oleh Dr. Suria Emilia Suhana Othman Tan.
Pelajar seterusnya diperkenalkan kepada pengenalan kaedah Problem-Based Learning (PBL) oleh Dr. Rohayu Hami, Penyelaras PBL Program Doktor Perubatan, diikuti penerangan mengenai Hal Ehwal Akademik PKTAAB oleh Puan Nur Anis Syamimi Mohammad Azmi. Pengisian hari kedua dilengkapkan dengan lawatan sekitar Sains@Bertam yang dikendalikan oleh BAA serta lawatan ke Makmal Akademik bersama Puan Azleen Mat Shariff.
Penganjuran Program Suaikenal ini merupakan salah satu inisiatif PKTAAB dalam memastikan pelajar baharu mendapat pendedahan menyeluruh mengenai ekosistem akademik, penyelidikan, klinikal, kelestarian dan perkhidmatan sokongan yang tersedia sepanjang tempoh pengajian mereka. Program ini juga menjadi platform untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus, memahami saluran pengurusan dan perkhidmatan yang berkaitan serta membina hubungan yang lebih erat dengan warga PKTAAB.
Teks disediakan oleh:
Puan Nur Anis Syamimi Mohammad Azmi
Teks disunting oleh:
Prof. Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof @ Hanafi
Foto:
Norizan Ishak, Nur Anis Farahin
Pusat Media & Perhubungan Awam
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi
Universiti Sains Malaysia
29 September 2026
