RAIN-TO-GROW: KIT TANAMAN LESTARI DI SAINS@BERTAM SOKONG AGENDA KELESTARIAN PKTAAB USM

BERTAM, 12 Jun 2026 – Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program “Rain-to-Grow: Kit Tanaman Lestari @ Sains@Bertam” sebagai usaha memupuk budaya kelestarian dan meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dalam kalangan warga PKTAAB.
Program ini mengangkat konsep “Kecilkan Sisa, Besarkan Impak” dengan menggalakkan penggunaan semula bekas plastik dan bahan terpakai sebagai medium penanaman. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi USM dalam memperkukuhkan amalan kampus lestari serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG).

Peserta didedahkan kepada proses penanaman secara praktikal yang merangkumi penggunaan semula bekas terpakai, penyemaian benih, penjagaan tanaman serta penuaian hasil tanaman sendiri. Penggunaan air hujan sebagai sumber siraman turut diketengahkan bagi menggalakkan amalan penjimatan sumber dan pengurusan air secara berhemah.
Program ini dianjurkan bersama oleh JK Waste Management Sains@Bertam, JK No Single Use Plastic serta JK Penanaman dan Penyelenggaraan Pokok. Bagi memastikan penyertaan yang lebih berkesan, peserta telah dibekalkan dengan benih tanaman, tanah semaian dan peralatan asas tanaman.

Penganjuran program ini diharap dapat menyemarakkan budaya kelestarian dalam kalangan warga PKTAAB serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Inisiatif ini selari dengan komitmen USM dalam memperkasa agenda pembangunan mampan dan mewujudkan komuniti kampus yang lebih hijau, sihat dan lestari.
Teks disediakan oleh: Puan Nurul Amira Mohd Ali
Foto oleh: Encik Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi
Universiti Sains Malaysia
10 Jun 2026