PASUKAN BOLA TAMPAR WANITA PKTAAB RAIH NAIB JOHAN SUKJAP 2026
PULAU PINANG, 9 Jun 2026 – Pasukan Bola Tampar Wanita Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya meraih gelaran Naib Johan dalam acara bola tampar wanita sempena Sukan Antara Jabatan (SUKJAP) 2026 yang berlangsung di Azman Hashim USM Sports Arena.
Seramai 14 orang pemain dan pegawai terlibat dalam kejohanan tersebut. Pasukan PKTAAB memulakan saingan dengan cemerlang apabila muncul sebagai Naib Johan Kumpulan sebelum berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.






"Tahniah kepada pasukan kerana telah bertungkus-lumus mempamerkan aksi terbaik pada tahun ini. Namun, rezeki untuk mempertahankan gelaran juara tidak memihak kepada pasukan PKTAAB. Insya-Allah, tahun hadapan kami akan meneruskan perjuangan dan berusaha kembali merampas kejuaraan seperti yang telah dibuktikan oleh pasukan lelaki yang berjaya menjuarai pertandingan selama tiga tahun berturut-turut. Ayuh, kita teruskan perjuangan," katanya.
Pencapaian ini membuktikan komitmen, semangat kesukanan dan kerjasama erat dalam kalangan pemain PKTAAB, sekali gus mengharumkan nama pusat tersebut di pentas SUKJAP 2026. Kejayaan mara ke perlawanan akhir turut mencerminkan daya saing tinggi pasukan wanita PKTAAB dalam kalangan kontinjen yang bertanding pada kejohanan kali ini.
