Skip to main content

PKTAAB PERKUKUH KERJASAMA ANTARABANGSA MELALUI MOBILITI PELAJAR WALAILAK UNIVERSITY, THAILAND

sdg17

BERTAM, 8 Jun 2026 – Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan daripada Profesor Madya Dr. Phuangthip Bhoopong, Penasihat Akademik dari School of Allied Health Sciences, Walailak University, Thailand.  

Kunjungan tersebut bertujuan bagi menghantar tiga pelajar tahun akhir dari Program Antarabangsa Teknologi Perubatan, Walailak University, Thailand untuk menjalani latihan industri selama empat bulan di sini

Penempatan pelajar ini merupakan hasil susulan daripada siri lawatan dan penempatan pertama pelajar latihan industri dari universiti berkenaan serta kolaborasi strategik yang dijalinkan sejak tahun 2025 antara kedua-dua buah universiti. Inisiatif ini bukan sahaja memfokuskan kepada penempatan latihan industri, malah ianya turut memperkukuh mobiliti akademik dan kolaborasi penyelidikan bersama dalam bidang sains kesihatan dan perubatan.

Ketibaan delegasi disambut mesra oleh Prof. Madya Dr. Rafeezul Mohamed bersama-sama Prof. Madya Ts. Dr. Rafidah Zainon, Prof. Madya Ts. Dr. Lim Vuanghao, Pn. Naziroh Shafii, Dr. Nur Shuhaidatul Abd Halim, Dr. Nizuwan Azman, Pn. Norazleena Noor Mohamad, Pn. Norita Mohamed, Pn. Azlina Abd Rahim, Pn. Nor Halimaton Safina Osman, En. Safri Zainal Abidin dan En. Amar Mustaqim Zulkiflee.

Program kunjungan ini dimulai dengan sesi perbincangan antara kedua-dua belah pihak dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Rafeezul Mohamed, Ketua Jabatan Sains Bioperubatan yang mewakili Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan). Hadir sama dalam sesi perbincangan ialah Prof. Madya Ts. Dr. Rafidah Zainon, Ketua Seksyen Inovasi dan Jaringan, Dr. Nur Shuhaidatul Abd Halim selaku penyelia lapangan pelajar, dan Pn. Naziroh Shafii, Ketua Seksyen Pengurusan Sumber BPIJ.

Antara topik perbincangan adalah skop tugasan dan penglibatan untuk ketiga-tiga pelajar berkenaan. Selain itu, PKTAAB turut mengalu-alukan kolaborasi penyelidikan dan penempatan latihan industri dari pelbagai bidang yang lain.

Parinyada, Nadia dan Thanrada yang merupakan pelajar tahun akhir Walailak University akan berada di bawah seliaan Prof. Badrul Hisham Yahaya dan Dr. Nur Shuhaidatul Abd Halim. Pelajar-pelajar ini akan menjalani latihan dalam bidang Teknologi Perubatan, Projek Madu Kelulut serta Projek Sel Stem sepanjang tempoh latihan industri mereka di PKTAAB.

Mereka kemudiannya dibawa melawat ke sekitar fasiliti makmal yang tersedia di PKTAAB yang bakal digunakan oleh pelajar sepanjang tempoh latihan industri di sini.

Program mobiliti pelajar antarabangsa ini diharap akan memperkukuhkan lagi jaringan kerjasama antarabangsa kedua-dua buah universiti.

Program ini secara tidak langsung menyokong matlamat SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) dan SDG 17 (Perkongsian untuk Matlamat) di mana fokus utama program adalah mobiliti pelajar antarabangsa, latihan industri, dan pengukuhan kerjasama strategik antara universiti di Malaysia dan Thailand.


Pengarang berita: Amar Mustaqim Zulkiflee , Naziroh Shafii, Prof. Madya Dr. Rafeezul Mohamed
Jurufoto: Safri Zainal Abidin, Naziroh Shafii, Dr. Shuhaidatul Abdul Halim
8 Jun 2026
Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi