Skip to main content

PROGRAM SUAI KENAL SARJANA PERUBATAN DALAM PERUBATAN TRANSFUSI & SARJANA PERUBATAN DALAM PERUBATAN NUKLEAR SIDANG AKADEMIK 2026/2027

BERTAM, 3 dan 4 JUN 2026 – Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Program Suai Kenal Sarjana Perubatan dalam Perubatan Transfusi dan Sarjana Perubatan dalam Perubatan Nuklear bagi Sidang Akademik 2026/2027 di Auditorium Sains@Bertam, Cancer Research Centre (CRC) dan Cancer Teaching Complex (CTC), PKTAAB.

Program selama dua hari ini menjadi platform penting dalam membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan ekosistem pembelajaran klinikal, penyelidikan dan teknologi kesihatan moden yang ditawarkan di PKTAAB. Selain memberi pendedahan awal terhadap persekitaran akademik dan fasiliti terkini, program ini turut membuka ruang interaksi lebih dekat antara pelajar, tenaga pengajar dan warga kerja PKTAAB.

Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran dan diteruskan dengan taklimat mengenai pengenalan kepada Bahagian Akademik & Antarabangsa yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof@Hanafi, Timbalan Pengarah (Akademik & Antarabangsa). Sesi seterusnya diteruskan dengan pengenalan kepada Perkhidmatan Klinikal PKTAAB yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Noor Khairiah A.Karim, Timbalan Pengarah (Klinikal dan Kelestarian).

Pelajar turut diberikan pendedahan berkaitan PKTAAB Student Association dan aktiviti suai kenal bersama persatuan yang disampaikan oleh wakil persatuan pelajar PKTAAB. Encik Norhisham Puteh@Arif, Penolong Pegawai Tadbir (Akademik & Antarabangsa) juga telah memberikan taklimat mengenai Hal Ehwal Akademik PKTAAB, manakala penerangan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) telah disampaikan oleh Cik Nurislah Baharuddin.

Taklimat berkaitan bahagian Keselamatan pula disampaikan oleh Encik Muhammad Hambali Soid selaku Ketua Seksyen Keselamatan manakala Puan Lizawati Muhammadan, Ketua Bahagian Perpustakaan PKTAAB menyampaikan taklimat mengenai pengenalan Perpustakaan PKTAAB.

Program diteruskan dengan sesi taklimat di sebelah petang yang dimulakan dengan taklimat pengenalan berkaitan Seksyen Transformasi Digital (STD) oleh Encik Mohammad Fauzi Yahaya selaku Ketua Pegawai Teknologi Maklumat, PKTAAB.

Seterusnya, sesi pengenalan kepada Program Sarjana Perubatan dalam Perubatan Transfusi dan sesi bersama alumni disampaikan oleh Dr. Siti Salmah Noordin selaku Ketua Program Sarjana Perubatan dalam Perubatan Transfusi merangkap Alumni Perubatan Transfusi. Turut berlangsung ialah sesi pengenalan kepada Program Sarjana Perubatan dalam Perubatan Nuklear dan sesi bersama alumni bersama Dr. Khadijah Abdul Hamid.

Program ini diteruskan lagi pada hari kedua yang dimulakan dengan sesi Lawatan ke Cancer Research Centre (CRC). Peserta turut mengikuti taklimat berkaitan Bahagian Penyelidikan dan Jaringan yang disampaikan oleh Puan Naziroh Shafii., Penolong Pendaftar Kanan manakala Pn. Rafedah Abas merupakan Pegawai Sains memberikan taklimat mengenai Seksyen Makmal Penyelidikan Berpusat. Bagi taklimat berkaitan Seksyen Penyelidikan Haiwan pula diterangkan oleh Dr. Nor Azlina Khalil, Pegawai Veterinar.

Dr. Hasfizani Haji Ariffin selaku Ketua Unit Pentadbiran & Rekod Perubatan CTC turut memberikan taklimat berkenaan perkhidmatan Kaunter Pendaftaran dan Unit Rekod Perubatan di CTC. Bagi sesi taklimat berkaitan Rawatan Harian dan Makmal Diagnostik Klinikal pula, telah dikendalikan oleh Puan Sharidah Shaari iaitu Ketua Perkhidmatan Kejururawatan. Lawatan ke Klinik Pakar Pergigian 2 dikendalikan oleh Profesor Dr. Norehan Mokhtar, Ketua Perkhidmatan Pergigian. Seterusnya lawatan ke Unit Farmasi dikendalikan oleh Puan Norazana Ramli selaku Ketua Unit Farmasi & Ketua Perkhidmatan Unit Farmasi Logistik.

Program suai kenal ini diadakan setiap kali pengambilan pelajar baharu bagi memberi peluang kepada mereka memahami dan menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran dan fasiliti yang terkini di PKTAAB dan melalui program orientasi ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan pelajar dan kakitangan Bahagian Akademik & Antarabangsa serta warga PKTAAB.

Teks disediakan oleh: Puan Nur Anis Syamimi Mohammad Azmi

Teks disunting oleh: Prof. Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof@Hanafi dan Puan Nurul Amira Mohd Ali

Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan AwamPusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi
Universiti Sains Malaysia
4 Jun 2026