Kenderaan ini akan digunakan bagi perkhidmatan shuttle antara Kampus Induk USM dan IPPT, serta menyokong pelbagai program melibatkan pelajar dan staf. Diharapkan penerimaan van baharu ini dapat menggantikan kenderaan sedia ada IPPT yang telah berusia dan tidak lagi ekonomik untuk dibaik pulih. Selain itu, ia turut diharap dapat meningkatkan tahap keselesaan serta keselamatan kepada semua penumpang.