JALINAN KOLABORASI IPPT–UTND MANTAPKAN KERJASAMA RENTAS SEMPADAN DALAM PENDIDIKAN & PENYELIDIKAN


SAINS@BERTAM, 11 November 2025 – Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Universitas Tjut Nyak Dhien (UTND), Yayasan APIPSU, Medan. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala melalui perbincangan dasar dan hala tuju kerjasama strategik antara kedua-dua institusi pendidikan tinggi.
Majlis dimulakan dengan ketibaan delegasi diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah IPPT, Prof. Madya Dr. Bakiah Shaharuddin serta Rektor UTND, Prof. Dr. Apt. Eva Sartika Dasopang. Sesi diteruskan dengan perbincangan rasmi mengenai potensi kolaborasi dalam bidang penyelidikan, pertukaran kepakaran akademik, latihan pelajar serta pembangunan akademik dan teknologi kesihatan.
Pendidikan Berkualiti melalui usaha memperluas akses kepada peluang pembelajaran rentas negara dan meningkatkan kualiti pendidikan tinggi melalui perkongsian ilmu antarabangsa. Selain itu, inisiatif ini juga selaras dengan SDG 17: Perkongsian untuk Mencapai Matlamat, yang menekankan kepentingan kerjasama global dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan inovasi.
Delegasi turut dibawa melawat ke Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) bagi meninjau fasiliti penyelidikan dan infrastruktur kesihatan yang menjadi teras kekuatan IPPT. Lawatan ini membuka ruang kepada pengetahuan baharu serta peluang kolaborasi yang berimpak tinggi dalam bidang sains kesihatan dan bioperubatan.
Melalui pertemuan ini, kedua-dua pihak berpeluang bertukar pandangan dan mengenal pasti potensi kolaborasi yang dapat memberi manfaat bersama, khususnya dalam memperkasa pembangunan ilmu dan jaringan antarabangsa antara institusi.
Seramai 16 delegasi yang hadir daripada Universitas Tjut Nyak Dhien (UTND), Yayasan APIPSU, Medan adalah terdiri daripada lapan orang pensyarah dan lapan orang pelajar Sarjana Muda serta Sarjana dalam bidang Farmasi dan Pengurusan. Antaranya adalah Prof. Madya Dr. apt Eva Sartika Dasopang, S.Si., M.Si, Rektor UTND; Prof. Madya Ir. Bambang SAS, M.Sc., Ph.D, Timbalan Rektor Akademik; Prof. Madya Dr. apt. Nilsya Febrika Zebua, M.Si, Dekan Fakulti Farmasi; Dr. Rita Zahara, My., M.Sos, Dekan Fakulti Pendidikan; Dr. Nuzuliati, SE., M.Si, Ketua Jabatan Magister Manajemen; Cindy Yolanda, S. Pd., M.Si, Ketua Jabatan Ekonomi Pembangunan; Min Adlina, S.Si., M.Si, Pensyarah Bahasa Inggeris; dan Ir. Yunida Berliana, MP, Pensyarah Agroteknologi.
(Penyelidikan & Jaringan); Prof. Madya Ts. Chm. Dr. Nur Nadhirah Mohd Zain, Ketua Jabatan Toksikologi; serta Prof. Madya Dr. Eshaifol Azam Omar selaku Penyelaras Kerjasama Institusi Antarabangsa di Sumatera Utara.
Majlis diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata dan jamuan makan tengah hari, sebagai simbol penghargaan terhadap jalinan strategik yang bukan sahaja memperkukuh hubungan akademik antara Malaysia dan Indonesia, malah memperluas peranan institusi pendidikan dalam menyokong agenda global Pendidikan Berkualiti (SDG 4) dan Perkongsian Global (SDG 17).
Teks Disediakan oleh : Cik Nur Ibtisam Annisa Zainal Abidin & Cik Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks Disunting oleh: Prof. Madya Dr. Eshaifol Azam Omar
Foto: Encik Norizan Ishak