facebook   twitter   youtube      phone+604-5622888  
  • E BANNER imejan

  • Tan Jun Jie2

  • marketsurvey2

  • masterscience2

  • EHS e banner 3

  • banner akademik2

  • banner academik2

  • KEMPEN PEMULANGAN UBAT UBATAN2

  • banner academik2

  • Derma Darah 2

ms my  en

Kompleks Penyelidikan Klinikal

Perkhidmatan klinikal di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM), telah dimulakan pada 20 September 2004 di Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Selaras dengan perkembangan IPPT, perkhidmatan klinikal kini ditawarkan di Kompleks Kajian Klinikal (CTC) di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kompleks ini dilengkapi dengan kemudahan perubatan dan pergigian terkini termasuk klinik pakar, wad pesakit dalam dan unit rawatan harian. IPPT menawarkan perkhidmatan kepakaran perubatan dan pergigian serta perkhidmatan kesihatan eksekutif dalam pelbagai bidang seperti pembedahan, pediatrik, perubatan keluarga, radiologi, onkologi, perubatan nuklear, anestesiologi, ortodontik dan prostodontik.

IPPT juga mempunyai perkhidmatan sokongan perubatan seperti rehabilitasi, makmal diagnostik dan farmasi. IPPT merupakan satu-satunya pusat rujukan kanser wilayah utara Semenanjung Malaysia (di bawah USM dan Kementerian Pendidikan Malaysia) yang menyediakan kepakaran, peralatan dan rawatan komprehensif merangkumi kemoterapi, radioterapi dan brakiterapi.

Dengan rawatan perubatan dan pergigian terkini yang ditawarkan di sini, diharapkan IPPT akan menjadi sebuah pusat klinikal yang disegani dan terkenal di Malaysia dan pada peringkat antarabangsa.

webCTC2ippt
clinicalboss

 

Caj Bayaran

KADAR CAJ BAYARAN PENDAFTARAN

Rawatan Pesakit Luar IPPT
(Peraturan Bayaran & Kadar Caj HUSM)

JENIS CAJ   KADAR CAJ
Klinik Pakar
a) Rujukan Hospital Kerajaan   PERCUMA (Kali Pertama)
b) Rujukan Hospital Swasta   RM30.00 (Kali Pertama)
c) Kes Ulangan   RM5.00
     
Kes-kes di bawah kategori PERCUMA
a) Kakitangan Kerajaan   Sertakan Surat Jaminan
b) Pelajar Sekolah Kerajaan
(18 tahun ke bawah)
  Sertakan Surat Sekolah
c) Bantuan Kebajikan Masyarakat   Sertakan Kad Bantuan
d) OKU   Sertakan Kad OKU
e) Pesara   Kad Pesara
     
*Warga Asing   Kadar caj yang dikenakan adalah dua
kali ganda kadar caj warganegara.
     

 

Dokumen


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA PENDAFTARAN

 
1. Kad Pengenalan / Passport / Surat Beranak / MyKid.

 2. Surat Jaminan (Kakitangan Kerajaan - GL) - 6 bulan / Surat Akuan Pelajar - 6 bulan.
 3. Surat Rujukan bagi kes yang dirujuk (Hospital/Klinik).
 4. Kad Pesara / Kad Rawatan Staf (USM / IPPT).
 5. Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (Pesakit JKM / OKU).