Skip to main content

Prosedur

Prosedur

{slider=Kerja Selamat Mesin (SOP)}

  • PASTIKAN SUIS MESIN SENTIASA DALAM KEADAAN 'OFF' SEBELUM MESIN BEROPERASI
  •  PASTIKAN "SPEED REGULATOR" PADA KEDUDUKAN '1'
  •  PASTIKAN BAHAGIAN PENGADUN MESIN DIKEMASKAN SUPAYA TIDAK TERTANGGAL SERTA PASANGKAN BEKAS PENGADUN
  •  SAMBUNGKAN PUNCA KUASA DAN SUIS 'ON' DAN PASTIKAN MESIN BERJALAN DENGAN PERLAHAN 
  •  AKTIFKAN DAN TAMBAHKAN KELAJUAN ''REGULATOR SPEED'' UNTUK KESESUAIAN DAN KESEBATIAN PADA AKHIR PERSEDIAAN 
  •  PASTIKAN SUIS 'OFF' SETELAH PERSEDIAAN SIAP DIBUAT SERTA BERSIHKAN BAHAGIAN PENGADUN DAN BEKAS SERTA KERINGKAN

{/slider}
{slider=Kerja Selamat  "Hot Plate"}

  •  PASTIKAN SUIS MESIN SENTIASA DALAM KEADAAN ‘OFF’ SEBELUM MESIN BEROPERASI
  •  PASTIKAN ‘HOT PLATE’ DITEMPATKAN JAUH DARI BAHAN YANG MUDAH TERBAKAR
  •  SAMBUNGKAN PUNCA KUASA DAN SUIS ‘ON’ DAN PASTIKAN LAMPU PENUNJUK MENYALA
  •  AKTIFKAN DAN TINGKATKAN SUHU UNTUK KESESUAIAN DAN KESEBATIAN PADA AKHIR PERSEDIAAN YANG DIKEHENDAKI
  •  PASTIKAN SUIS ‘OFF’ SETELAH PERSEDIAAN SIAP DIBUAT
  •  LETAKKAN PENANDA YANG MENUNJUKKAN ‘HOT PLATE’ MASIH PANAS. BERSIHKAN PERMUKAAN ‘HOT PLATE’ SETELAH IA SEJUK

{/slider}
{slider=Kerja Selamat Mesin (SOP)}

  • PASTIKAN SUIS MESIN SENTIASA DALAM KEADAAN ‘OFF’ SEBELUM MESIN BEROPERASI
  • PASTIKAN ‘'SPEED REGULATOR’' PADA KEDUDUKAN ‘O’
  • PASTIKAN BAHAGIAN PENGADUN MESIN DIKEMASKAN SUPAYA TIDAK TERTANGGAL
  • PASTIKAN SUIS ‘OFF’ SETELAH PERSEDIAAN SIAP DIBUAT SERTA BERSIHKAN BAHAGIAN PENGADUN MESIN DAN KERINGKAN

{/slider}

  • Last updated on .
  • Hits: 816

Etika

 

Etika

{slider=Bilik Fail}

1. FAIL PERLU DISUSUN SEMULA DI TEMPAT ASAL SELEPAS DIGUNAKAN.

2. PERGERAKAN FAIL PERLU DIREKOD DI DALAM KAD DAFTAR PENGGUNA DAN KAD KELUAR MASUK FAIL UNTUK TUJUAN PENGESANAN FAIL YANG SEDANG DIGUNAKAN.

3. DILARANG MAKAN, MINUM, MEROKOK DI DALAM BILIK FAIL.

4. KABINET FAIL PERLU DITUTUP RAPAT SELEPAS DIGUNAKAN.

5. SILA PASTIKAN LANTAI DAN PERMUKAAN KABINET FAIL TIDAK BERDEBU, TIDAK BASAH DAN BERSIH DARI SEBARANG KEKOTORAN.

6. SILA PADAM LAMPU SELEPAS DIGUNAKAN

{/slider}
{slider=Penggunaan Pantri dan Kafeteria}

1. PANTRI HENDAKLAH SENTIASA BERSIH, KEMAS, TERSUSUN DAN BEBAS DARIPADA SEBARANG SERANGGA, MAKHLUK PEROSAK, KEKOTORAN DAN BAU YANG TIDAK MENYENANGKAN.

2. TIADA PINGGAN / MANGKUK / CAWAN / GELAS DILETAKKAN DI ATAS MEJA DAN SINKI SELEPAS DIGUNAKAN. LETAK DI TEMPAT YANG DISEDIAKAN.

3. SILA PASTIKAN MEJA SENTIASA BERSIH, KEMAS DAN TANPA SISA TUMPAHAN.

4. SILA PASTIKAN SINKI SENTIASA BERSIH, TIDAK TERSUMBAT DAN TIADA SISA MAKANAN.

5. SILA PASTIKAN PERALATAN ELEKTRIK DITUTUP SETELAH DIGUNAKAN.

6. KAWAL PENGGUNAAN AIR

7. PASTIKAN PILI AIR DITUTUP DENGAN RAPAT

8. ELAKKAN PENGGUNAAN AIR YANG TIDAK PERLU

9. MAKLUMKAN JURUTEKNIK DENGAN SEGERA JIKA TERDAPAT KEROSAKAN ATAU KEBOCORAN

{/slider}
{slider=Penggunaan Elektrik}

1. PADAMKAN LAMPU DI RUANG YANG TIDAK DIGUNAKAN

2. DIGALAK MENGGUNAKAN TANGGA UNTUK KE ARAS YANG LAIN

3. LETAKKAN KOMPUTER DALAM ‘SLEEP MODE’ JIKA TIDAK DIGUNAKAN

4. GUNAKAN PERALATAN ELEKTRIK MENGIKUT KEPERLUAN

5. JANGAN BUKA TINGKAP APABILA PENYAMAN UDARA BEROPERASI

6. PASTIKAN PERALATAN ELEKTRIK DIMATIKAN SEBELUM MENINGGALKAN PEJABAT ATAU RUANG KERJA

7. MAKLUMKAN KEPADA PIHAK BERKENAAN DENGAN SEGERA MENGENAI SEBARANG KEROSAKAN

{/slider}
{slider=Bilik Mesyuarat}

1. SILA PASTIKAN SUIS LAMPU DAN PENGHAWA DINGIN DITUTUP SEBELUM MENINGGALKAN BILIK MESYUARAT.

2. PASTIKAN PERALATAN DAN SUSUN ATUR MEJA / KERUSI DALAM KEADAAN TERSUSUN SEBELUM MENINGGALKAN BILIK MESYUARAT.

3. PASTIKAN TULISAN PADA PAPAN PUTIH DIPADAMKAN.

4. PASTIKAN TIADA SAMPAH DI ATAS MEJA DAN LANTAI SEBELUM MENINGGALKAN BILIK MESYUARAT.

5. JAGALAH KEBERSIHAN BILIK MESYUARAT KITA.

{/slider}
{slider=Penggunaan Peti Sejuk}

1. MAKANAN / BARANG SIMPANAN PERIBADI HANYA DIBENARKAN DISIMPAN SELAMA DUA HARI SAHAJA.

2. MAKANAN / BARANG YANG DISIMPAN MESTILAH BERTUTUP DAN TERSUSUN RAPI.

3. SEGERA SAPU ATAU LAP TUMPAHAN DIDALAM PETI SEJUK.

4. “PIC” BERHAK MEMBERI ARAHAN KEPADA PENGGUNA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

{/slider}

 

  • Last updated on .
  • Hits: 2724

Kesimpulan

 

Kesimpulan


Secara amnya, bolehlah dikatakan bahawa pada bahagian pengenalan ini, telah banyak ditekankan kefahaman mengenai aspek penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh semua warga kerja IPPT. Antaranya melalui pendekatan aktiviti ( 5S/ QE ). Kaizen dan Inovasi merupakan kaedah yang banyak digunapakai oleh organisasi swasta dan awam bagi menambahbaik tempat kerja dan menguruskan tempat kerja agar lebih efisien dan efektif. Ianya sedikit sebanyak akan membantu warga IPPT untuk terus melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada perubahan budaya kerja seterusnya memberikan kesan positif dengan peningkatan kualiti di tempat kerja.

 

  • Last updated on .
  • Hits: 1333

Kaizen & Inovasi

Konsep Kaizen dan Inovasi

Perbezaan Konsep KAIZEN dan INOVASI

IPPT menerima pakai konsep dan pendekatan Kaizen & Inovasi. Namun begitu, dari segi implementasinya kedua-dua pendekatan ini digunakan secara terpilih mengikut keadaan, masa dan kawasan. Ianya juga terpulang kepada Ketua Bahagian, Fasilitator dan Ketua Zon 5S untuk memilih seterusnya menggunakan cara yang bersesuaian dengan tahap budaya kualiti di zon dan kumpulan masing-masing. Secara ringkas, berikut adalah beberapa perbezaan yang dapat dilihat.

{slider=Kesan}

Berdasarkan fokus kesan amalan 5S, Kaizen dilihat mempunyai fokus berterusan yang lebih jangka panjang. Dengan itu kesannya agak lambat dan perlahan. Ini kerana pendekatan kaizen itu sendiri adalah secara perlahan tapi berterusan walaupun memakan masa. Manakala Inovasi pula kesannya adalah lebih cepat. Inovasi biasanya memerlukan masa yang singkat sahaja untuk dilaksanakan penambahbaikan.

{/slider}
{slider=Jangka masa}

Dari segi jangka masanya, pendekatan Kaizen ini adalah secara berterusan. Ianya lebih memerlukan masa, idea dan usaha berterusan dari semua warga kerja IPPT untuk melaksanakan aktiviti penambahbaikan ini. Secara tidak langsung, akan berlaku peningkatan yang berterusan. Manakala pendekatan Inovasi lebih menjurus pada tahap yang mungkin akan berhenti pada bila-bila masa. Jangka masanya berperingkat dengan mengambil kira beberapa faktor dari segi masa dan modal.

{/slider}
{slider=Perubahan}

Setiap aktiviti Kaizen memerlukan pemantauan bagi memastikan ianya kekal dan boleh digunapakai dalam jangka masa yang lama. Walaupun perubahannya agak perlahan, namun ianya akan dapat memastikan sesuatu penambahbaikan itu boleh diguna oleh beberapa generasi di dalam IPPT. Perubahan bagi inovasi adalah cepat. Apabila modal ( wang, manusia, material ) mencukupi, ianya akan mudah dilakukan. Namun pendekatan ini memerlukan pemantauan dan tidak hanya bergantung kepada fungsi sedia ada.

{/slider}
{slider=Pendekatan}

Fokus terhadap pendekatan dan penglibatan, Kaizen lebih bergantung kepada usaha kumpulan keseluruhan dan setiap ahlinya. Ini kerana masing-masing mempunyai cara yang mungkin dikenalpasti antara cara terbaik bagi mengatasi sesuatu perkara. Namun bagi Inovasi, ianya terhad kepada individu atau kumpulan yang lebih kecil ( seperti Kumpulan Inovasi dan Kreatif, KIK ) dan individu atau kumpulan kecil itu perlu lebih berusaha mengetengahkan ideanya untuk diterima pakai. Ini bukanlah maksud yang sebenar tetapi budaya orang Jepun yang mementingkan pasukan berbanding masyarakat barat yang mementingkan individu

{/slider}
{slider=Jadual Perbezaan}

Fokus Inovasi Kaizen
Jangka  Masa Panjang Pendek
Perubahan Berperingkat Berterusan dan Meningkat
Pendekatan Idea Dan Usaha individu atau kumpulan yang lebih kecil (seperti Kumpulan Inovasi dan Kreatif, KIK) Idea Dan Usaha Kumpulan Keseluruhan
Kesan Cepat dan Mudah Luput Perlahan dan Kekal

{/slider}
{slider=Illustrasi Perbezaan}

illustrasi perbezaan

{/slider}

  • Last updated on .
  • Hits: 1907

Penambahbaikan

Penambahbaikan berterusan di dalam pelaksanaan 5S

Objektif penambahbaikan berterusan memberi peluang semua warga kerja terlibat dalam menyumbang idea yang lebih sesuai untuk dilaksanakan di tempat kerja. Penambahbaikan tidak terhad untuk individu atau untuk sesetengah perkara sahaja. Ianya boleh melibatkan proses yang amat mudah hinggalah yang memerlukan analisis sesuatu perkara sebelum penambahbaikan boleh dibuat.

Amalan 5S merupakan satu aktiviti penambahbaikan visual di tempat kerja. Apa jua penambahbaikan yang baik boleh dilakukan tidak kira menambahbaik di lantai, peralatan, persekitaran tempat kerja, di stor, pejabat dan beberapa kawasan yang dikenalpasti. Ianya mungkin dari yang sekecil-kecil benda atau perkara kepada penambahbaikan yang melibatkan kajian data, aspek kejuruteraan dan analisis yang mendalam.

Pendekatan penambahbaikan berterusan di dalam Amalan 5S

Sebahagian IPPT telah menerapkan falsafah dan prinsip Amalan 5S / QE sejak tahun 2008 IPPT memilih penambahbaikan melalui inovasi dan tindakan pencegahan berbanding tindakan pembetulan. Konsep-konsep ini mudah dipelajari dan difahami. Warga kerja perlu jelas kaedah mana yang sesuai digunapakai dalam memberi kerjasama dan sokongan membuat penambahbaikan berterusan.

  • Last updated on .
  • Hits: 2555

Lebih banyak artikel..