Skip to main content

Pengenalan Unit Dietetik dan Pemakanan

Unit ini mempunyai 2 skop perkhidmatan iaitu:-
i) perkhidmatan dietetik klinikal dan
ii) perkhidmatan penyediaan makanan


Perkhidmatan dietetik klinikal ialah perkhidmatan kaunseling pemakanan kepada pesakit luar dan pesakit dalam yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan atau Pakar Perubatan. Ia dikendalikan oleh Pegawai Dietetik. Tujuan perkhidmatan kaunseling dijalankan adalah untuk memberikan pendidikan dan kefahaman tentang amalan pemakanan yang betul, memantau tahap pemakanan dari semasa ke semasa serta mempromosikan gaya hidup sihat melalui corak pemakanan dan aktiviti fizikal. Selain itu, preskripsi produk formula enteral kepada pesakit turut dilakukan oleh Pegawai Dietetik di mana pesakit akan diajar cara menggunakan produk ini sebagai makanan tambahan. Untuk komuniti dan masyarakat awam, ceramah pemakanan dan pameran pemakanan turut dilaksanakan oleh Pegawai Dietetik bagi mengajak orang awam untuk mengamalkan amalan pemakanan yang betul dan sihat.

 

Perkhidmatan penyediaan makanan pula menyediakan makanan kepada pesakit yang merangkumi empat waktu makan iaitu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Diet pesakit dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad. Selain itu, bekalan makanan kering turut diberikan kepada staf yang bertugas malam. Perkhidmatan ini beroperasi lima (5) hari seminggu dari Isnin hingga Jumaat tidak termasuk Hari Kelepasan Am. Jadual waktu operasi adalah dari 8.10 pagi hingga 5.10 petang.

  • Last updated on .
  • Hits: 4940