Dewan Bedah
Unit Dewan Bedah adalah salah satu unit yang terdapat dalam Perkhidmatan Klinikal di bawah Seksyen Pembedahan dan Anestesiologi. Unit ini mula diduduki pada 5 September 2011 dan telah memulakan operasinya secara rasmi pada 10 Januari 2013. Terletak di aras 3 Kompleks Klinikal IPPT bersebelahan dengan Unit Pembekalan Alatan Steril (CSSU) dan Unit Rawatan Rapi (ICU) serta dilengkapi dengan dua Bilik Bedah (OR), satu ruang penerimaan pesakit, satu ruang pemulihan pesakit (masing-masing boleh menempatkan dua orang pesakit pada satu-satu masa) serta ruang-ruang sokongan yang lain.
Fungsi
1. Memberi perkhidmatan pembiusan dan pembedahan secara komprehensif dan efektif kepada pesakit bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti yang disebabkan oleh proses rawatan.
2. Mengenalpasti dan memberi keutamaan kepada pelanggan yang tidak stabil bagi mengurangkan risiko mortaliti dan morbiditi serta meningkatkan tahap proses penyembuhan pesakit.
3. Memberi perkhidmatan pembiusan samada secara tempatan - local, kawasan - regional mahupun am - general dan melakukan penilaian pra-anestesia serta pengendalian rawatan pos-anestesia kepada pesakit secara sistematik.
4. Memberi jagaan perawatan kesihatan secara holistik kepada pesakit sebelum, semasa dan selepas pembedahan.
5. Menyediakan laporan-laporan yang diperlukan bagi tujuan dokumentasi dan data penyelidikan.
6. Menyediakan keperluan yang secukupnya bagi memastikan kelangsungan aktiviti perawatan di Dewan Bedah dapat dilakukan secara efektif dan teratur.
7. Memastikan pembasmian kuman dilakukan secara berkesan dan sistematik bagi mengurangkan risiko jangkitan pada luka pembedahan.
{slider=Perkhidmatan yang disediakan}
Perkhidmatan yang disediakan
1. Menyediakan perkhidmatan pembiusan ke atas pesakit samada secara regional mahupun pembiusan am sebelum sesuatu prosedur diagnostik mahupun terapeutik dilakukan berdasarkan keadaan dan keperluan pesakit.
2. Menyediakan kemudahan untuk prosedur pembedahan samada untuk tujuan diagnostik ataupun teraputik, major atau minor yang melibatkan pembiusan secara local, regional ataupun pembiusan am.
3. Melakukan kes pembedahan elektif dan kecemasan yang merangkumi Pembedahan Am, Pembedahan Ortopedik, Pembedahan Otorinolaringologi (ENT) dan Pembedahan Pergigian.
4. Menetapkan jadual pembedahan kepada setiap jabatan dan unit mengikut hari yang telah dipersetujui, kecuali untuk kes-kes kecemasan.
5. Menyediakan pasukan bertugas atas panggilan bagi kes-kes pembedahan kecemasan selepas waktu pejabat.
{/slider}
{slider=Waktu Operasi}
Waktu Operasi
i. Pembedahan Elektif
Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang
ii. Pembedahan Kecemasan
Beroperasi 24 jam jika perlu (atas panggilan selepas waktu pejabat)
iii. Pembedahan Rawatan Harian (Day Care Surgery)
Isnin hingga Jumaat dari Jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang
{/slider}
{slider=Hubungi}
Hubungi
Unit Dewan Bedah
Kompleks Klinikal
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
Bertam
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang
Tel : +604-562 2648 /2575
Faks : +604-562 2805
{/slider}
- Last updated on .
- Hits: 5377