Perkhidmatan KOC Perubatan Bergerak
| Fasiliti/Perkhidmatan yang diberikan merangkumi | |
| Penerangan prosedur dan sesi menjawab pertanyaan | |
| Pemeriksaan saringan di dalam Koc Perubatan bergerak yang selesa dan privasi | |
| Peralatan mamografi digital yang canggih | |
| Penyediaan keputusan laporan pemeriksaan dalam tempoh 14 hari | |
| Pengekalan rekod untuk perbandingan tahunan | |
{slider=Ujian Mamografi}
Ujian Mamografi
Saringan mamografi merupakan salah satu prosedur utama dalam pengesanan awal kanser payudara. Saringan ini dilakukan ke atas wanita yang sihat (tiada gejala) atau tidak didiagnosa menghidap kanser payudara. Kajian menunjukkan bahawa saringan ini mampu mengesan ketulan pada payudara dalam tempoh 2 hingga 3 tahun lebih awal berbanding pemeriksaan sendiri payudara. Mamografi dijalankan menggunakan mesin khas yang mengeluarkan sinar-X bertenaga rendah. Semasa pemeriksaan, sedikit tekanan akan diberikan pada payudara untuk mengurangkan mobiliti atau pergerakan, dengan tujuan menghasilkan imej yang berkualiti. Ia dilakukan oleh juru x-ray berkelayakan dan berpengalaman.
Kriteria untuk menjalankan mamografi
• Wanita berumur 40 tahun dan ke atas
• Wanita tidak mengandung atau menyusu badan
• Wanita tidak mempunyai implan payudara
• Wanita tidak menjalankan mamografi dalam tempoh 12 bulan yang lalu
{/slider}
{slider=Ujian ‘Pap Smear’}
Ujian 'Pap Smear’
Ujian ini merupakan satu prosedur untuk mengesan sel yang abnormal di dalam servik yang berkemungkinan mengakibatkan pembentukan kanser selepas beberapa tahun. Prosedur ini melibatkan pengambilan sedikit sel dari bahagian servik ynag kemudiannya dihantar ke makmal untuk dianalisa. Ujian ini dilakukan oleh doktor atau jururawat yang berdaftar dan berpengalaman, ke atas wanita yang telah berkahwin berumur di antara 20 hingga 65 tahun, dan hanya mengambil masa dalam anggaran 5 minit.
{/slider}
{slider=Ujian Pemeriksaan Sendiri Payudara}
Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)
Pemeriksaan ini adalah satu teknik yang perlu dilakukan oleh setiap wanita untuk mengesan sebarang perubahan terhadap payudara termasuk perubahan saiz dan rupa bentuk, juga pembengkakan dan kewujudan ketulan pada payudara. Demonstrasi pemeriksaan ini akan dijalankan oleh jururawat berpengalaman dan berdaftar.
{/slider}
{slider=Ujian Darah & Air Kencing}
Ujian darah dan air kencing
Ujian ini meliputi pemeriksaan darah seperti tahap glukosa, haemoglobin dan HbA1c serta pemeriksaan air kencing seperti mikroskopi dan tahap glukosa.
{/slider}
| No. telefon untuk dihubungi berkenaan perkhidmatan Koc Perubatan bergerak |
| Telefon: 04-5622888 ext 2651/2652 |
| Faks: 04-5622468 |
- Last updated on .
- Hits: 1614
