Skip to main content

Perkhidmatan yang Disediakan Kawalan Infeksi

Lawatan ke Wad 
Membuat lawatan rutin ke wad dan unit-unit dari masa ke semasa bagi memastikan prosedur dalam pengawalan infeksi di IPPT  dipatuhi dan membuat teguran segera sekiranya diperlukan.

Mengumpul Data
a. Mengumpul dan merekodkan data-data seperti MRSA, MRO, ESBL, tempat infeksi, punca  infeksi dan lain-lain yang berkaitan.
b. Menyediakan laporan yang berkaitan dengan lengkap.

Environmental Swabbing
a. Membuat ‘environmental swab’ pada wad dan unit-unit khas jika terdapat kes  ‘outbreak’ di unit tersebut.
b. Menyediakan laporan lengkap tentang ‘environmental swab’ yang telah dijalankan
c. Menjalankan ‘environmental swabbing’ ulangan jika perlu.
d. Menjalankan ‘environmental swabbing’ terhadap peralatan dan persekitaran untuk mengetahui punca infeksi.

Pendidikan
a. Memberi bimbingan dan khidmat nasihat berkaitan dengan ‘Standard Precaution’ kepada anggota-anggota yang bertugas di wad dan juga di unit-unit yang berkenaan.
b. Memberi khidmat nasihat dalam penjagaan kebersihan persekitaran melalui sesi ceramah atau perbincangan secara terus di tempat-tempat yang terlibat.
c. Membuat teguran-teguran membina secara terus semasa lawatan sekiranya terdapat prosedur yang tidak diikuti atau bercanggah dalam pengawalan  infeksi seperti yang terkandung dalam Polisi Kawalan Infeksi.

Mesyuarat
a. Mengadakan  mesyuarat  Kawalan Jangkitan  setiap 4 bulan.      
b. Membentangkan laporan aktiviti pengawalan jangkitan dalam mesyuarat  Pengurusan Seksyen dan mesyuarat Jawatankuasa Perkhidmatan Klinikal.
c. Memberi taklimat/berbincang dengan jururawat penghubung (link nurse) bila perlu.

Pemantauan
Pemantauan sentiasa dilakukan di semua unit klinikal yang terlibat meliputi
    •  Kebersihan dan keselamatan.
    •  Pembuangan sisa klinikal, sharp bin dan sisa buangan am.
    •  Pencucian tangan dipantau sebelum dan selepas staf melakukan prosedur atau memegang pesakit serta peralatan.
    •  Pemakaian PPE dipantau semasa pengendalian kes jangkitan, semasa rawatan oral, semasa pengambilan darah dan  semasa pemberian ubat kemoterapi.
    •  Cara penyimpanan losyen, ubatan dan tarikh luput.
    •  Memantau dan menyiasat tentang kecederaan tercucuk jarum dan peralatan tajam serta terkena percikan darah atau cecair badan.

  • Last updated on .
  • Hits: 3199