Pengenalan Klinik Minda Sihat
Klinik Minda Sihat ditubuhkan pada Disember 2014 dibawah pengendalian Dr Mohammad Farris Iman Leong Bin Abdullah (Pensyarah Perubatan/Pakar Psikiatri). Tujuan Klinik Minda Sihat ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan kesihatan mental kepada staf-staf USM dan juga populasi di sekitar Seberang Prai Utara. Setakat ini, ia telah beroperasi selama lebih setahun dan sehingga kini mempunyai pesakit lebih daripada 50 orang.
Perkhidmatan yang disediakan setakat ini adalah :
(1) Rawatan penyakit-penyakit psikiatri dengan ubat-ubatan dan kaunseling,
(2) Memberi nasihat kepada pesakit-pesakit cara-cara menandingi stress yang berkesan berdasarkan kepada kajian-kajian yang dijalankan,
(3) Memberi nasihat kepada pesakit-pesakit tentang ‘coping skill’ yang berkesan.
Staf-staf yang terlibat dalam pengendalian Klinik Minda Sihat termasuk seorang pakar psikiatri, tiga jururawat terlatih dan dua orang jurucara pemulihan (occupational therapist).
Objektif-objektif
(1) Memastikan kesihatan mental populasi yang disasarkan adalah pada tahap maksima.
(2) Membantu klien untuk menangani stress untuk mengelakkan terjadinya penyakit-penyakit mental.
(3) rawatan gangguan minda dengan ubat-ubatan dan psikoterapi.
Populasi yang disasarkan:
Komuniti di sekitar Seberang Prai (Utara, Tengah dan Selatan), Kuala Muda, Tikam Batu dan Sungai Petani
Rancangan masa depan:
(1) Menyediakan perkhidmatan pesakit dalam (in patient admission) kepada pesakit psikiatri apabila bangunan baharu dibina.
(2) Menyediakan rawatan ‘Electroconvulsive Therapy’ (ECT) kepada pesakit psikiatri apabila wad pesakit dalam dibuka.
(3) Menyediakan rawatan ‘Transcranial Magnetic Resonance’ kepada pesakit kemurungan (swasta) yang tidak sesuai dirawat atau tidak mahu rawatan ECT apabila bangunan baharu dibina.
(4) Rawatan sesi ‘Spiritual therapy’ kepada pesakit kanser.
![]() |
![]() |
- Last updated on .
- Hits: 5915