Skip to main content

MENANGANI KECEMASAN DI TEMPAT KERJA

KEPALA BATAS, 22 Mei 2013– Seramai hampir 120 orang yang terdiri daripada Pensyarah dan Staf Makmal dari Jabatan Sains, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang telah menghadiri Bengkel Menangani Kecemasan di Tempat Kerja. Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah dijemput untuk memberi taklimat serta demonstrasi kepada para peserta.

“Langkah-langkah kecemasan amat penting kerana jika seseorang itu mengalami serangan sakit jantung dan kita hanya membiarkan atau menunggu kedatangan ambulans sahaja, berkemungkinan besar bekalan oksigen ke otak akan terputus dalam masa lebih kurang 8 minit, seterusnya boleh mengakibatkan kematian,” tegas Dr. Tan Jun Jie, Pensyarah  dari Kluster Perubatan Regeneratif IPPT.

Beliau turut menerangkan cara-cara untuk melakukan bantuan kecemasan kepada orang dewasa, kanak-kanak, bayi dan juga ibu mengandung. Selesai sesi taklimat para peserta diberikan sesi demonstrasi dan melakukan sendiri teknik-teknik yang telah ditunjuk ajar.

Berita/ Foto : Mohd Nadzri Shuib

  • Last updated on .
  • Hits: 2409