Skip to main content

PENYELIDIK IPPT CIPTA KIT MENGESAN DNA KHINZIR

BERTAM, 13 Mei 2013 – Kumpulan penyelidik dari Instuitut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM yang terdiri daripada Prof Madya Dr Tang Thean Hock, Puan Siti Aminah dan Cik Lee Li Pin, telah memenangi Pingat Emas dalam Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-24 (ITEX 2013) yang berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur dari 9 hingga 11 Mei 2013.

Mereka telah berjaya mengharumkan nama IPPT menerusi produk penyelidikan bertajuk “Porcine DNA Detection Kit”. Produk ini dihasilkan bertujuan untuk mengesan pencemaran elemen "khinzir" (food adultration) di dalam daging mentah dan juga makanan yang telah diproses. Kit tersebut adalah berdasarkan prinsip “multiplex PCR”.

Selain dapat mengesan DNA khinzir dengan tepat dan cepat, kit tersebut juga dapat melaksanakan satu kaedah pengekstrakan DNA yang mudah. Kualiti DNA yang diekstrak daripada sampel dapat disahkan dengan adanya kawalan dalaman (internal control) untuk memastikan ketepatan keputusan PCR. Kit tersebut juga boleh di gunapakai untuk ujian pensijilan perindustrian Halal di Malaysia.

ITEX merupakan platform untuk penyelidik tempatan dan antarabangsa untuk mengetengahkan ciptaan dan inovasi mereka. ITEX'13 dianjurkan oleh "Malaysian Invention and Design Society" (MINDS) dengan kerjasama "World Intellectual Property Organization" (WIPO) buat kali ke-24 dengan penyertaan dari 20 negara. Sebanyak lebih daripada 1000 produk penyelidikan telah dipamerkan dan dikategorikan kepada 25 kategori produk/hasil penyelidikan untuk dipertandingkan. 

Berkongsi kejayaan yang sama, ialah 12 penyelidik lain dari Jabatan dan Pusat Pengajian di USM yang juga memperolehi Pingat Emas dan 2 Perak daripada 15 penyertaan di pameran berkenaan. Dengan kejayaan ini, ia diharap dapat memberikan motivasi kepada penyelidik yang lain untuk terus menjalankan penyelidikan.

 

Disediakan oleh: Puan Siti Aminah

  • Last updated on .
  • Hits: 1488