Skip to main content

TAKLIMAT KERJASAMA PERNIAGAAN OLEH USAINS SDN BHD

BERTAM, 26 April 2013– Bertempat di Dewan Kuliah Akademik satu taklimat kerjasama perniagaan telah disampaikan oleh USAINS Holding Sdn. Bhd di hadapan kakitangan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM.

Antara kelebihan bekerjasama dengan USAINS ialah nasihat dan bantuan dari segi perundangan, pentadbiran dan sokongan kewangan. Kerjasama perniagaan yang boleh dijalankan tidak tertumpu kepada bidang penyelidikan sahaja malah bidang-bidang lain yang mempunyai kaitan dengan USM.

Antara anak syarikat USAINS adalah seperti USAINS Bio-Engineering Sdn. Bhd, USM Enterprise Sdn. Bhd, USAINS Biomics Sdn. Bhd, USAINS Tech Services Sdn. Bhd, USAINS Tech Capital Sdn. Bhd dan USAINS Infotech Sdn. Bhd.

IPPT dilihat mempunyai potensi yang besar kerana mempunyai kepakaran di dalam bidang yang boleh dikomersilkan seperti Klinik Perubatan Integratif, Makmal Rekonstitusi Drug Sitotoksik (MRDS) dan Makmal Diagnostik Termaju IPPT yang diiktiraf baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa menerusi ISO MS 15189. Kewujudan IPPT juga secara tidak langsung, telah memberi impak kepada medical tourism di kawasan tanah besar khususnya Seberang Perai Utara.

 

Berita/ Foto : Mohd Nadzri Shuib


Untuk keterangan lanjut, hubungi Pejabat Perhubungan Awam IPPT
E-mail :
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Last updated on .
  • Hits: 2009