Skip to main content

MALAYSIAN SOCIETY OF HAEMATOLOGY INTERNATIONAL MENGIKTIRAF PELAJAR IPPT

BERTAM, 30 April 2013– En. Abdullah Abdul Jabbar Ahmed Al-Alimi, seorang calon Doktor Falsafah dan pelajar Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah dianugerahkan sebagai Pembentang Poster terbaik semasa “Malaysian Society of Haematology International Xth Scientific Meeting” yang telah diadakan pada 26 hingga 28 April yang lalu di Hotel Gurney, Pulau Pinang.

Beliau yang membentangkan abstrak bertajuk “Dengue Virus Type 2 (DENV2)-induced Oxidative Responses in Monocytes from Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD)-deficient and G6PD Normal Subjects” turut memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 1,000.00.

En. Abdullah telah diselia oleh Prof. Madya Dr. Narazah Mohd Yusoff, Pensyarah Perubatan yang juga Timbalan Pengarah Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi IPPT.

Adalah diharapkan kejayaan ini akan menjadi pemangkin kecemerlangan untuk dicontohi oleh pelajar-pelajar yang lain mahupun staf IPPT sendiri.

 

Berita : Mohd Nadzri Shuib

  • Last updated on .
  • Hits: 1348