Skip to main content

KERJASAMA DI ANTARA IPPT DAN XIAN XIANG MEDICAL UNIVERSITY DIPERTINGKATKAN

BERTAM, 27 April 2013– Satu program lawatan kolaborasi dari Xian Xiang Medical University telah diadakan untuk membincangkan tentang Memorandum Perjanjian  di antara mereka dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM.

Langkah positif ini diambil susulan lawatan kerja ke IPPT pada bulan Januari yang lalu.Prof. Abd. Aziz Tajuddin, Pengarah IPPT dan Prof. Madya Dr. Narazah Md. Yusoff, Timbalan Pengarah Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi yang juga merupakan perunding penyelidikan bagi Xian Xiang Medical University telah duduk sama berbincang mengenai hala tuju kerjasama antara dua institusi tersebut.

Turut hadir Dr. Badrul Hisham Yahaya dan Dr. Md. Azman PKM Seeni Mohamed di samping para pelajar dan juga kakitangan Sekretariat Penyelidikan IPPT.

 

Berita/ Foto : Mohd Nadzri Shuib

  • Last updated on .
  • Hits: 1282