Skip to main content

PELAJAR IPPT DIIKTIRAF DI ANUGERAH PERSADA KENCANA 2012

PULAU PINANG, 11 April 2013- Tiga orang calon pasca siswazah dari Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT) telah menerima Anugerah Persada Kencana 2012 yang dianjurkan oleh Insititute of Postgraduate Studies (IPS), Universiti Sains Malaysia (USM). Anugerah peringkat universiti ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian penyelidikan calon yang menjalankan projek yang berpotensi besar.

Pelajar pasca siswazah IPPT dari Kluster Infektomik, En. Hoe Chee Hock, En. Citartan Marimuthu dan En. Cheah Hong Leong, telah menerima anugerah yang disampaikan oleh Naib Canselor USM Prof. Datuk Dr. Omar Osman sempena Majlis Persada Kencana 2012 yang berlangsung di Dewan Budaya, USM.

En. Hoe Chee Hock memenangi Anugerah Sanggar Sanjung 2011 dalam kategori “Journal Publications (PhD)” di mana beliau telah berjaya menerbitkan projek penyelidikan bertajuk “The rocks and shallows of deep RNA sequencing: Examples in the Vibrio cholerae RNome” pada tahun 2011 dalam journal “RNA” yang mempunyai faktor impak sebanyak 5.095. Manakala En. Citartan Marimuthu memenangi anugerah dalam kategori “Best Research in Applied Science (PhD)” dengan projek bertajuk “Generation and characterization of functional RNA aptamer against recombinant human EPO (rhuEPO) by Systematic Evolution of ligands by Exponential Enrichment (SELEX) towards diagnostic and clinical application”. En. Cheah Hong Leong pula menerima anugerah dalam kategori “Best Research in Applied Sciences (MSc)”dengan projek bertajuk “Multiplex PCR assay for identification and differentiation of Vibrio cholerae O1 Classical and El Tor targeting NPC RNA genes”. Mereka telah menerima sijil, trophy dan wang saguhati sebanyak RM1000 untuk pemenang kategori PhD dan RM750 bagi kategori MSc.

En. Hoe dan En. Citartan adalah dibawah penyeliaan Prof. Madya Tang Thean Hock, manakala En. Cheah adalah di bawah penyeliaan Dr. Doblin Sandai bersama dengan Prof. Madya Tang Thean Hock dan Dr. Lim Vuanghao.

 

Berita : Puan Siti Aminah Ahmed

Foto: Kluster Infektomik

Untuk keterangan lanjut, hubungi Pejabat Perhubungan Awam IPPT
E-mail :
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

  • Last updated on .
  • Hits: 2646