Skip to main content

MESYUARAT LEMBAGA GABENOR USM DI IPPT

BERTAM, 16 April 2013 – Mesyuarat Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia kali ke-91 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Klinikal, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM.  Lembaga Gabenor Universiti (LGU) adalah badan tertinggi dalam universiti yang mengelola, membuat dasar dan mengawasi Universiti serta boleh menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Universiti.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua ahli LGU, Naib Canselor dan ahli ex-officio Lembaga yang terdiri daripada Timbalan-timbalan Naib Canselor, ketua-ketua Kampus Cawangan, Pendaftar, Bendahari dan Penasihat Undang-Undang.

Semua ahli LGU dibawa melawat sekitar Kompleks Klinikal selepas tamat mesyuarat yang berlangsung lebih kurang empat jam itu.

 

Oleh: Mohd Faisal Jamaludin
Foto : Norizan Ishak / Amir Zaidi Abu Hassan

 
  • Last updated on .
  • Hits: 2395