Skip to main content

KONVOKESYEN USM KE-47: TIGA PELAJAR IPPT BERGRADUASI

 

PULAU PINANG, 14 April 2013 – Upacara Konvokesyen ke-47 Universiti Sains Malaysia(USM) memperlihatkan seramai tiga orang pelajar dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) menerima skrol masing-masing. Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dato’ Dr. M. Jegathesan menyempurnakan pembukaan sidang pertama Upacara Konvokesyen Ke-47 USM yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra pada Sabtu lalu.

Salleh Ahmad Salem Ban Amro, 44 dari Yemen, adalah pelajar IPPT yang berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang “Molecular Heamatology” di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Narazah Mohd Yusoff.

Dua lagi pelajar IPPT yang bergraduasi ialah Ashwaq Hamid Salem Yahya, 32, Sarjana Sains (Pathology) dalam bidang Haematology, Perubatan Transfusi dan Mohd Fadly Md Ahid, 28, Sarjana Sains (Genetik Manusia) dalam bidang Genomik, Kanser.

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM menawarkan bidang pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D). Antaranya ialah Sarjana Sains Penyelidikan Perubatan, Sains Transfusi, Toksikologi Kesihatan dan Sains Oral. Selain itu, IPPT turut menawarkan Sarjana Perubatan (Perubatan Transfusi), Sarjana Perubatan (Perubatan Nuklear) selain Sarjana Sains dan Doktor Falsafah melalui penyelidikan dalam bidang yang berkaitan.

Dalam pada itu, upacara tersebut memperlihatkan sejumlah 971 graduan berjaya berijazah dengan menyaksikan pengijazahan kepada 367 graduan ijazah tinggi, iaitu Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D).

Turut hadir pada upacara konvokesyen kali ini ialah Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan, ahli-ahli LGU, Naib-naib Canselor IPT, pegawai-pegawai utama universiti dan sebagainya.

 

Oleh: Mohd Faisal Jamaludin
Foto : Mohd Fairus Md Isa
  • Last updated on .
  • Hits: 2464